NO MATTER WHAT, THE MASTERPIECE OF ME IN REAL LIFE, I'D START WITH A BLOG .

Tuesday, 12 July 2016

Riang Ria Raya Aidilfitri 2016

Views
Assalamualaikum..
...
..
.


Hai awak awak awak awak semuaaaaa ! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin pia ucapkan pada awak awak awak awak semuaaa yg membuat kunjungan hormat ke blog ini . Alhamdulillah.. kte semua masih diberi peluang utk menyambut syawal bersama seluruh ahli keluarga tercinta . So, nikmati dan hargai lah detik indah bersama.. Dikesempatan ini juga, saya Pia atau nama sebnr.. AININ SOFIA HASSAN BASRI ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua teman teman seandainya diri ini pernah melakukan khilaf tanpa disedari.. kerna diri ini juga tidak pernah suci dari dosa . Maaf utk riak wajah di atas . Hihi . Memang sejenis Sofia suka mempelbagaikan mimik muka bila berselfie . Tehee :p


Dan memang sejenis Sofia suka upload gmbar edit edit tutup separuh muka laa ape . Dia ni kan bajet Ms. Mystery . Muehehe .


Okay nah, Pia bagi setepek gambar raya dari Hasmin's Family ;) jgn dipersoalkan mengapa dan kenapa si Pia and adik warna baju tu macam terpesong jauh skit dari theme colour raya ngan mama babah . Takpe lah, at least baju pia tu adaa laa sikit warna peach nyaa dari adik.. hehee.. dia tu mmg selalu tak sama warna ngan kami . Hmmm . Raya tahun ni kureeenngggg meriah kebaboom sgt sebab family kakak dan family abg tak dpt balik beraya di Kelantan atas sebab sebab yg sememangnya tak dpt dielakkan . Sedih dan hiba sedikit kami disini.. hmmm.. anak anak buah kesygan Mama Pia takde time raya.. Kalau tak, mesti meriah bising satu rumah dgn suara budak-budak kecik cinonet mintak kena peluk cium tuu.. takpelahh kte jumpa Raya Haji nnt okayy anak anak syg.. ;) 


Muka muka propa semua ni . Hahaa . Emmmmmmmmmmmm . Tetiba lapar plak tgk gambar mknan ni . Antara mknan mknan di situ.. My fav all the time is Roti Jala with Kuzi Ayam homemade by Mama ! hmmmm.. sgt menjadi kegilaan diri ini . Depa semua ni pun hantu roti jala Mama . I kena belajar lebih dgn Mama ni cane nak buat roti jala and kuzi ayam yg letops mcm Mama buat.. hmmmmmm . Kepada awak tuu yg dtg beraya kat rumah kte waktu raya ke-4 tuu.. maaf naa.. roti jala and kuzi ayam dh habis awal-awal lagi . Hehe . Tu laaa.. nak mai jln umah tak habaq mai awal awal . Hmm .


Memasing.. kemain sakan bergmbar.. Cucu-cucu Ismail dan Zaharah .


Haris : “Kakpia.. jum selfie berdua . Kakpia snap . Tggu jap.. jgn tekan button snap tu lagi . Haris nk betulkan rambut ni .”
Me : “Ahhh.. lambat laa.. tkpe lahh.. kte acah acah candid .” *buat muka ketat lagi*


Kalau anda perasan.. ce teka, apa yg pelik dalam gambar di atas? 99.9% diantara yg melihat gmbar ini tidak dpt mengenalpasti apakah yg pelik . Hahahaa . Dah gambar aku, aku sorg jelaa yg tau.. ye dakk . Lalalalaa . Tenung lihat dan carilah smpai meletop screen . Muehehehe .


Holaa.. let me introduce.. ni Kak Aimi.. my cousin.. di raya ke-4 ni, Alhamdulillah sis Aimi dengan jayanya telah sah menjadi seorang isteri dengan sekali lafaz . Alhamdulillah diucapkan sekali lagi . Sgt cantik seri pengantin nyaa tuu.. Moga berbahagia till Jannah sis di alam berumah tangga tuu . Kesiann kak atie, takde dh geng solo sebaya dia . Hajat nk naik pelamin sekali tak kesampaian lagi . Chillexx laa kak atie.. jodoh hang tgh sesat lagi tuu.. dia tak update pakai waze lagi kott.. nnt jumpa laa tuu . Heeee . Sebab theme colour utk wedding kak Aimi ni colour peach so Pia terpksa mix and match lerr tudung, baju, and kain tuu . Puas cari baju kaler peach kat kedai, semua takde yg menarik tertarik di hati . Yelah.. bab bab baju ni.. aku cerewet sikit naa . Lalalala..~ Sbb takde dh tudung peach lain, so pakai jelaa tudung yg 1st raya hari tu . Hehe . So berbawal lah kte . Takyah sesusah nk belit selit sana sini tudung tuu haaa . Sebab ramai yg tanya hari tu, baju and kain tu sepasang kee.. beli kat butik kee.. NO NO NOOO.. kte mix and match kan ajee tuu.. bukan beli sepasang . Baju beli asing.. kain curik yg ada kat rumah jee . Hahaa . Asal boleh pakai.. sesuai.. lantak pi lah.. huhuu . Mementang ingat kte model, semua ingat beli kat butik lah eh? dok aihhh.. to be frank.. sejenis pia ni jadi je model tudung, model baju tp dia ni jarang beli tudung ke shawl ke baju ke skirt ke apa kat butik . Kalau ada pun itu semua dpt free and ihsan dari org bagi . Ngeee . Si pia ni suka beli kat kedai biasa jee.. yg takde brand letops letops punn.. sebab apa? Hehee.. sebabbbb.. nak ada kelainan lah katakannn.. takmau aihh sama ngan org . Kalau beli kat butik.. pesen baju nyee sama jee ikut trend skrg, nnt mcm kembar plak tgk . Hee.. dan sejenis Pia bukan laa beli baju ikut trend semasa sgt.. kalau ada pun maybe sbb coincident . Huhuuu . Mmg bab baju mek ni cerewet sikit . Hmmm . Eh, kemain plak pjg dia merepek.. -,-"


Haaa.. td dgn pengantin, skrg ni plak bergambar dgn Anis.. adik pengantin . Kakak awak dah selamat dah dia.. Awak bila plak Niss? Hehee.. dik Anis ni solo lagi rasa nye.. Anyone? Hihii . Kemain plak aku ni, sibuk jee nk jd agent pencari jodoh kat org . Hahahaa . 


Pro and Contra .
Out of theme lagi dia nih -,-" Biru biru kau nak pi mana haaa si biruuu ??? Hmmm . Since childhood lagi kami dua ni pro and contra . Bergaduh bergusti sekali . End up with one of us mesti menangis kalah . Necessarily it's me ! HaHa . Surrender lah kata ko . Zaman hingusan.. biasalah.. tak kena sikit bergaduh bergusti . Aihhh . Dah tua tua berkarat ni memasing cerdik dah lerr . Skrg ni punn.. kemahuan kehendak kami berdua berbeza . Dia ni suka Mango juice, si Pia plak suka Orange juice . Nak raya hari tu nak hidang air pun boleh lagi perang mulut . 

Adik : “Weyh, buat air Mango lah.. aku nak Mango .”
Me : “Tokleyh.. nak Sunquick Orange . Fullstop !”
Adik : “Buat laa Mango !!! Orange tok sedak ngek !”
Me : “NO ! Orange gok . Tok kiro !!!” 
Mama : “Ishh.. budok duo niii.. buat lah air Mango and Orange duo duo . Bising betul lah . Air pong nok baloh.. haishhh.. tokayoh minum duo duo kae baru tau .”

HaHa .

Kadang-kadang, teringin jugak nak ada adik gegirl . Boleh laa main mekap mekap kan muka dia . Tapi apakan daya.. kte bongsu perempuan . Nak tak nak si Akmal ni laa jadi mangsa.. HaHa . Sampai skrg aku ni suka betul nak mekap dia . Even dia laki . Tapi sesaje laa gurau ngan dia . Pernah ada pakaikan mascara kat bulu mata dia waktu dia tidur tak sedar dunia . Sedappp yee dik kau tidur.. amik kau.. lentik 90° bulu mata dia . Bangun jee tidur memekak tak boleh bukak mata sebab bulu mata atas bawah dia melekat bercantum.. HaHaHa . Jahatt kakak kau kan dik.. sabauu jelahh . Sape suruh tidur tak ingat dunia.. Jenis dia ni plak . Lagi jahanam ! haha . Suka amik gambar gambar kakak dia ni time tgh tidur laa.. bru bangun tidur laa . Sengaja amik time muka aku paling hodoh sedonia . Pastu simpan dlm galery phone dia bebyk buat koleksi katanya . Bila semua ramai kat rumah adik bradik semua balik.. haaa.. mula laa dia berkomplot dgn abg . Habis satu rumah dia pi tukar wallpaper phone semua org muka kakak dia ni yg hodoh tgh tidur . You feel me gais ??? You feel ??? Can you ??? Erghhh ! menyirap tahap nk bertukar jd Hulk bila semua terkejut tgk wallpaper phone memasing.. bodo bodo bodo . HaHa . Tggu kau dik ! 


Kesian abah.. tak ready pape dah snap gambar . Hehe .


Alahaiii sepupuku si conet conet niii.. awat omey ngat syg oiiii.. tudung coklat tuuu tudung coklattt.. awat muka mcm kartun comel ! Hihii . Geram !


Haaa.. perkenalkan.. ini lah sepupu sepupu kesygannn.. memang Pia ramai sepupu Perempuan.. Laki kureng.. ada.. tapi masih kecil.. duk berlari sana sini . Mana nk bergambar kan..


Oklah, tamat sampai sini sahaja lah entri kali ini . Dah pjg bebenau dah rsenye entri ni . Lain masa, ada rasa nak menaip Pia dtg lagi.. heee . Ohh lpe.. kepada si dia yang dtg mai beraya rumah pia raya ke-4 hari tu . Sorry lerr.. mknan dah takdak . Lagi pun kami busy dengan kenduri kawen . Orang dah cakap jangan mai.. dia sibuk nak maii.. hmmm . Btw, terima kasih laa dtg dari jauh sanggup redah jem bagai semata mata ingin ketemu . Terharuu loh . Mcm mimpi jugak dpt jumpa tuu . Hampir 3 tahun kte tak bersua muka . Seriuss tak sangka dpt jmpe . Mulanye ingat dia memain.. tetiba cakap dah smpai Jeli ni.. pastu eh, sampai Machang dah . Mmg terkejut nyet jugak laa.. haishhh.. gigih nyee demo nih mari pah kelatey, pah kota bharu pulok tuu.. hmmm . Sebab kedegilan anda laa dapat kte berjumpa yee . Ikutkan hati mmg tak bagi dia dtg rumah . HaHa . Si Pia ni kejam skit . Konon nak mai beraya jumpa Mama Abah kan . Tapii.. bila dah dtg face to face dgn Mama Abah cane boleh hilang suara ? Hahaha . Yelahh.. pahamm.. pemalu.. Cane.. best kan family Pia . Kami semua sporting.. termasuk mama abah *kemain puji family sendiri ;p hahahaa . Nanti jemput lerr dtg lagi naa kalau sudi mai dr jauh lagi . Mama Abah pun ada ajak mai lagi kan :) nanti kalau kali kedua dtg malu malu lagi, duk luar rumah . Jgn masuk . Hmmm . Gmbar? Cukuplah upload sekeping di wechat . Hihi .

Okbai.. sampai ketemuan lagi yaa ;)

Salam Aidilfitri dari ASHB .