NO MATTER WHAT, THE MASTERPIECE OF ME IN REAL LIFE, I'D START WITH A BLOG .

Friday, 19 February 2016

Pape jelah .

Views
Assalamualaikum .

Hai kwn,

Harap yg dtg jenguk blog Pia ni sihat walafiat hendaknya yee dan semoga hidup sentiasa dirahmati oleh Nya :)

Alhamdulillah masih diberi deria rasa ingin menaip diruangan sendu ini .

Hati rasa nak berbicara disini, perjelaskan sesuatu perkara yg tak jelas dipandangan mata manusia sejagat . Hurmmm.. tarik nafas.. and lepasss perlahan lahan..

Pertama sekali, Pia nk mohon maaf atas ketidaksempurnaan diri ini, dari segi lontaran kata yg telah disuarakan di salah satu video clip yg kini menjadi semakin viral di laman sosial . Allahuuu.. sedih baca komen-komen manusia sejagat . Semuanya berunsur kata-kata makian cacian dan hinaan buat diri ini . Tak sanggup hati ini nak baca habis and scrolling setiap komen komen negatif yg dicampakkan oleh keyboard warrior tak berlesen ni . Allah, sebak plak rasa hati ni nak menaip :‘(

Pia mohon hentikan penyebaran sesuatu perkara yg anda sendiri tidak tahu kesahihan nya . Jgn sibuk nak tunjuk diri tahu serba serbi dan sgt up-to-date dengan dunia dan trend semasa . Yeee.. Pia tahu, ramai dah yg tgk video clip yg Pia di interview org tv dgn topik hangat lagi pedas mintak kena kutuk dengan seluruh rakyat Malaysia . Yee.. mmg perempuan yg ditemuramah dlm video clip tu Ainin Sofia Hassan Basri.. yeee.. mmg Pia . Dah.. tak perlu nak mention nama Pia dimana mana ruangan komen di fb .

Tahu kah anda mcm mana situasi sebenar behind the scene sesuatu perkara yg berlaku ? Tahu kah anda ??? Tahu kah ??? so kalau tak tahu better keep silent and don't easily judge the things that you don't even know . Boleh buat tambah saham dosa jee tau . Untuk pengetahuan kalian yg membaca blog ni . Tolong sgt.. jgn mudah buat kesimpulan kalau tgk video tu . Hentikan berfikiran negatif . Setiap apa yg Pia tuturkan dalam video clip tu sejujurnya bukan ikhlas dari hati Pia.. bukannn.. Pia hanya baca berdasarkan skrip yg diberi . Mmg kalau org taktau senang-senang akan maki hamun lepas tgk video clip tu . Sbb dlm video tu lagak Pia jawab soalan yg diberi nampak sgt spontan bukan ? Nampak mcm bukan lakonan semata mata.. sedangkan di sebalik tabir tu Pia dh berkeras tidak mahu di interview dan dirakam masuk dalam camera . Tapi akhirnya kecundang dgn pujuk rayu org tv yg pandai memanipulasikan kte yg noob nih . Niat Pia time tu hanya nak membantu mereka jalankan kerja dan tugas mereka sebagai reporters . Tak tahu pula pengakhirannya dpt makian, cacian dan hinaan dari viewers yg hebat berkata kata lagak diri suci dari dosa .

Apa yg buat sedih bila baca komen-komen viewers, bila ada yg enak berkata.. mak bapak tak pandai didik anaklah, berlagak, perasan bagus.. and blaa blaa blaaa.. too much hurt . Belum kira dengan kata-kata yg berunsur lucah dan seumpamanya.. tahu nak melucah jee.. tak malu ke kalau org baca ? Tak malu ke dgn diri sendiri ? Fitnah lah antara dosa paling berat kat dunia ni . Dunia akhir zaman.. Allah.. byk sgt komen komen negatif yg Pia baca . Perasaan hati ni sedih sebak semua ada :( takpe lah . Ini pengajaran buat diri sendiri . Jgn mudah terlalu baik dgn orang . Jgn ambil mudah sesuatu hal yg kte anggap biasa dan remeh . Takpelah.. bila niat hati kte nak bantu org, InsyaAllah ganjaran pahala kte dpt :) kepada org yg mengambil kesempatan atas bantuan yg kte hulurkan, tggu lah balasan mu esok-esok di akhirat kelak . Dan kepada kaki kutuk sekalian alam.. terima kasih atas ganjaran pahala yg kalian salurkan pada Pia tnpa kalian sedari.. terlalu ramai yg mengata mengutuk menghina mencaci hamun diri ini di ruangan komen . Alhamdulillah untuk pahala yg dicampak campak kan itu . Terima kasih . Semoga kalian juga akan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T :) okay, cukup sampai sini . Selebihnya kte berdiam diri sahaja :)

Okayy, pia nk share dua tiga keping gambar sewaktu photoshoot semlm . Jemput tgk .


Ni solekan pertama dari jari jemari magika akak Zueratouch . Sgt suka ! sgt puas hati ! Nak rasa cantik di hari perkahwinan nanti boleh lah try cuba solekan manis-manis dari akak comey Zueratouch kte ni.. :) do follow ig Zueratouch okay .


Solekan untuk kali kedua ni pun masih akak Zuera yg mekapkan . Photoshoot start pukul 11 am lagi then break kejap Zuhur dulu, pastu bru mekap balik . Tu yg dpt rasa muka jadi lain untuk dua kali . Hehee . Solekan kedua ni akak Zuera letak glitters sikit atas mata Pia . Suka kelip kelip.. ;)


Partner shoot semalam, Eda.. model and tv hosting utk Soal Wanita TV Al-Hijrah . Sgt baik sis Eda ni tau . Dah laa lawa, tak kedekut ilmu plak tu.. soft spoken gilersss.. I pengsan.. heee.. and kalau nak tau, Eda ni laa yg sebenar benar Ambassador of TDL Shawl . Pia just freelance model jee.. sebelum ni ganti dia kejap sbb dia tgh berpantang . Baby dia sgt omey.. gebuss gebass.. Eda ni tanya Pia.. “Taknak try jd tv host? Boleh ganti org-org lama" and I was like.. “Ermm, tak minat.. heeee” *senyum kambing*


It's a wrap for tudeyhh ! shoot paling lama pia penah rasa . From am to pm . Macam tau tau jee kte dah nak stop bidang modeling nih.. saje kan shoot manyak manyak teruihh.. hehehee . Penat.. lutut lembik . Kaki sakit pakai heels.. Siapa ckp jadi model ni senang.. Org selalu ckp.. “Alahhh.. setakat sengih and posing depan camera ni senang and kacang jee.. aku pun boleh buat" okay, let me tell U . Be a model it's not easy like what you think, not just smile in front of the camera and receive the money . But IT IS MORE THAN THAT . Try to challenge yourself change 25 clothes and 25 shawls quickly, in the time given, like an hour . While holding the leg pain due to wearing high heels for hours duration . Kalau laa anda tahu behind the scene of photoshooting ni mcm mana.. hurmmm.. heels nak tercabutlah, nak tersadung cium lantai lah, kaki melecet, pusing-pusing sampai pening, naik turun tangga dua tiga kali kena ulang kalau gambo tak jadi . Lompat sana lompat sini dengan pakai heels yg tggi 7/6 inch untuk effect kain melayang ke semua.. Sgt complicated to explain . Org yg merasa jee tahu seksanya gimana.. heee.. but now, Pia nak bersara dah . Bawa diri sebentar :)


Okay laa.. byk betuiii mek merapu . Kepada kekwn yg mungkin merindui diri ku kelak.. acecehh kononnn.. jgn lerr rindukan kte sangat.. tak kesian kee kat kte. Abis gugur bulu mata kte ni . Org ckp kalau ada yg merindui kte, bulu mata akan gugur . Boleh botak bulu mata mek ni haaa . Hehee :D and to my prend yg ada request mek buat tuto pakai shawl . Aduhh.. mek tak bape reti sgt in styling shawl nih . Seriuss.. better hangpa tgk kat youtube noh . Belambak tutorial shawl ada . Kte tau sikit jee styling.. nak share buat tuto pun segan . Hahahaa . Byk belajar pun waktu pergi photoshoot . Yg taktau pun jadi tau bila dgn sendirinya nk kejar masa shoot tudung . Pusing sana, belit sini, ikat belakang, tarik depan, tupp tuppp.. eh, dah siap ! Hehee . Tgk lah.. ada masa rajin nnt kte buat tuto yg mana tahu and ingat, pastu kte send kat personal whtsapp k..;)

K smpai sini ajelah entry ini yee . Sebab penat mek semalam tak ilang lagi ni . Kepala pun mcm nak start pusing . Doakan semuanya sihat sejahtera dan kte semua akan dipermudahkan dlm segala urusan sehari hari . Ptg sat lagi nk gerak pergi Semenyih lerr pulak, jumpa cousin kesygan sebelum pergi jauh ni.. Marah and tacing nauu dia dpt tahu lambat Pia nk pergi ni . Haishh.. mcm lerr I pergi tak balik balik.. 

Salam Cinta,
Piasofia .