NO MATTER WHAT, THE MASTERPIECE OF ME IN REAL LIFE, I'D START WITH A BLOG .

Friday, 15 January 2016

Entri bergambar yawww !

Views
Assalamualaikum .


Hai awak tuuu.. okay, ini 1st entry utk tahun 2016 . 
1st of all, Pia nak share gambar muka bermekap nih . Lawa ke idok Kak Bee mekapkan Pia ? Haaaa.. kalau rasa lawa and kalau rasa ingin tampil lawa di hari bahagia mu, boleh lerr contact Kak Bee ni.. MUA Ramzamode . Nak mekap utk apa-apa event pun boleh . Search di insta Ramzamode . Kompem uolls puas hati kalau suruh dia mekapkan . Nak muka mcm barbie doll ? KimK ? Kajol ? Park Shin Hye ? Or Mak iti ? Request jee.. dia boleh buat ! Kak Bee memang power menambah kecantikan pada wajah sesiapa sahaja . Latest job dia dpt mekapkan muka Mak iti a.k.a CT NurHaliza okay.. curlasskan.. Dia mekapkan Pia ni pun dh cukup buat lubang hidungku kembang kempis.. terasa mcm muka nih dah jadi klon Jessica Ex-SNSD members dah . KAH KAH KAH ! okay.. jgn kesam sis . Sis gurau sajee.. bukan selalu dpt perasan jadi cantik utk setengah hari nih . Hiksss . So nak lerr jugekss perasan jd org tu org ni.. hehee.. perasan jeee lebih . Hakikat sebenar masih AININ SOFIA HASSAN BASRI :) 

Okay-okay, dh agak lama jugak tak menjenguk sini . Entah kenapa malam ni rajin plak nak berblog . Bersemangat nak menaip pun sebab Pia ada edit sikit blog ni kalau perasan . Tukar gambar header blog, tukar background photo, ada buat mcm mini slide show insta photo kat sidebar tuu.. and buang lagu dlm blog . Tetiba rajin sebab semlm duk online pakai laptop so bila pakai laptop baru senang sikit nak edit itu ini . Dah lama tak online pakai lappy.. kaku sikit nak gerakkan mouse . Jemputlah tgk penambahbaikan blog pink nih . Takde laa berubah mana pun . Ubah sikit jee . Hee . Kalau awak buka blog ni via phone tp click view web version boleh nampak blog ni mcm mana kte buka tgk kat laptop . So kalau click view mobile version mmg tak nampak lerr gambar header blog, background ke hapee semua.. kalau view web version baru lah boleh tgk blog ni mcm mana . Eh, paham tak..? okay abaikan lah.. berbelit jari nak menaip terangkan satu persatu.. ahahaaa . Apolahhh .


Omoo.. gomoknyaaa Pia !!! Macam katak kodok dah rupa ehhh . Oh mak i.. hihi . Bila dah bosan dengan segala bagai apps yg ada di phone maka memacam apps lain lagi lah yg akan di download oleh si Pia ni . Selagi memory phone tak bagi warning, selagi tu semua benda nak install . Sakai mokcik nih . Sebab bosan.. tau tak bosan ! Bosan jadi kuruih, nak jugak merasa mcm mana jadi kalau muka ni berisi nnt . Hohohoo .



Ni time keluar ngedate dgn aweks berdua nih . This is me ! Real me without any makeup ! HAHAHAAA . Kusamkan muka ! So sape duk puji Ashb ni lawa ke hapee.. meh tgk gambar-gambar ni semua . Takde maknanyee lawa ke comel ke.. kompem tarik balik pujaan tu semua kan . ahaksss.. :p true face ni kelauttt.. Sis dah ckp byk kali, dah explain byk kali . Sis biasa-biasa sahaja . Dan sememangnya sgt lah biasa . Tiada yg luar biasa . Berbeza kanss dengan wajah yg bermekap di atas sana . So jgn terpedaya dengan wajah sis yee.. semua org kalau dh mekap jadi lawa . Muka real mcm ni lah ! Hahahaa . Dah meningkat usia ni makin malas nak tenyeh itu ini kat muka . Lantaklah.. hahahahaa.. gelak tgk muka sendiri :p dush !


Esoknya plak.. kena culik lagi dengan si kecik fara nih . Dia ni memang tau.. memang jenis tak puas kalau dpt jumpa Pia sehari . Kalau boleh nak hari-hari keluar dgn Pia . Tau laa syg kte . Jgn laa melebih . Hikss .


Haaa.. ini plak Muiz kawan sekolah Fara . Bestfriend sejak kecik lagi dorang dua nih . Masing-masing dh kenal rapat family antara satu sama lain . Tapi si fara ni plak sibuk nak memasang masangkan kami berdua . Ada jugak kena sekeh ni karang . Hurmmm . Nasib baik laa si Muiz ni okay jee.. jenis tak amik kisah . Had so much fun keluar dgn dorang dua nih . Tapi sampai skrg rasa bersalah sikit dgn si Muiz ni sbb waktu keluar hari tu Pia tak byk ckp and sembang . Sorry sgttt.. bukan niat nak menyombong tp mood and keadaan diri kurang okay . Penat badan toksah ckp . Dengan photoshootnya lah.. ulang alik Shah Alam - KL - Shah Alam.. seriuss weiii.. penat sebnrnyaa.. so bila penat Pia kurang bercakap sikit . Itu kelemahan diri . Btw thanks bawa kami berjalan.. :) 

Kekadang kelakar kalau teringat dgn perangai kwn Pia setiap sorang ni . Sejujurnya lah nak bgtau nih . Boleh dikatakan sebyk 97% kwn-kwn Pia, suka carikan jodoh untuk Pia . Kih kih kih . Kadang-kadang tu rasa bertuah jugak ada species kwn yg mcm ni . Rajin carikan pasangan utk Pia menumpang kasih . Kah kah ! Lawak laa korg.. tapi yg bagusnya, kwn-kwn Pia ni tau je taste Pia mcm mne . Dan sejujurnya jugak.. mostly yg mana kwn-kwn Pia rekemen kan mesti tidak menghampakan . Seriuss weyh, dorang mesti tlg carikan stok-stok yg alaa-alaaa lelaki maskulin, hero remaja, lelaki mithali, jejaka tampan malaya . Hahahaa . Seriusss ar.. mana korang cedok??? Siap hantar gambar kat whtsapp hoii..gambar side depan ada, side tepi ada, nak side belakang pun boleh . Hohohoo.. so funny.. Tapi.. entahlah.. hati ni.. haishhh.. malas nk ckp apa . Bukan being choosy.. tp kalau hati tak ready and taknak, mmg tak boleh paksakan . Kalau nk kata Pia memandang rupa semata-mata, rasanya mesti semua kwn lelaki yg di rekemen tu akan Pia bedal sapu habis.. layan semua.. tapi jenis mek ni susah nak berkwn ngan laki . Mmg boleh kira berapa ketul je kwn laki Pia . Rasanya kurang dari sepuluh org . Haha ! Org yg tak kenal Pia, org yg tak duduk semeja sembang dgn Pia mmg akan ckp Pia sombong . Tapi try duduk semeja.. kte berborak as a friend, but not more than that . Pia okay jee.. boleh bergelak ketawa mcm org lain . Boleh jd kwn rapat . Tapi jgn pelik-pelik sudah . Kalau pelik-pelik ke memaksa ke.. kompem lepas ni Pia buat taktau dah . Tehee :p Terima Kasih kpd kwn-kwn yg sedaya upaya menjadi agent pencari jodoh tak berbayar buat Pia . Heee.. terharu.. and terima kasih again sbb sentiasa memahami Pia . Sekali Pia ckp “taknak” dorang dah faham.. even sebnrnya ada jugak yg memaksa.. :) tapi takpe.. dimaafkan.. mngkin dorang kesian kat Pia . Hehee.. 

Tak kira lah kwn Pia yg dr negeri mana pun.. ada jee kenal org tu org ni.. mesti ada jee nak try kenalkan kte ni . Laju jee whtsapp . Hahahaa.. kekadang okay laa.. tp kekadang rimas jugak . Ini baru kwn, belum masuk pakcik makcik lagi.. -,-" maybe dorg rasa kesian kot tgk mek kelatey ni lone ranger . Tapi sebnrnya Pia tak rasa apa . Entahlah . Bukan nk cakap besar ke apa.. tp buat masa skrg mmg belum ada rasa apa-apa.. nak ckp lelebih tak berani sebab in future kte tak tau mcm mana kan . So, just let it be . Serahkan semuanya pada Dia . Tugas kte berdoa jee yg baik-baik okay ;) Yang elok, yang baik mmg susah nak dpt . InsyaAllah.. persiapkan diri jelah . Lagi pun kte tak tau jodoh kte ni dgn M yg mana kan . Manusia atau Maut ? So jgn gelabah nak kahwin sbb tgk kwn-kwn semua dh kahwin . Kalau kahwin muda sebab nak merasa kahwin tu mcm mana baik tak payah . Takut tak kekal lama . Bukan niat nak bedoa pada sesuatu yg tak elok tp takut tak mampu kekal lama sebab belum bersedia pegang tanggungjawab sebenar bila dah jadi laki bini :) sebab tu ada yg ajak kahwin Pia cakap taknak . Jgn hanya lafaz dibibir.. Ikhtiarlah, berdoalah.. dan buktikan dgn cara yg betul . Kte dah tua laaa.. takde masa nak couple break couple break.. fake relay or pape jelah . Maaf.. belum bersedia.. belum lakukan solat istikharah . Tak byk yg ingin dipinta pada tahun 2016 ni.. andai aku pergi menghadap Illahi dulu . Matikanlah aku dalam Husnul Khotimah . Atau pjgkan lagi usia ku supaya aku boleh kumpul sebanyak mungkin pahala utk akhirat kelak . Aduhhh.. sebak plak rasa.. tskkk.. tskkkkkkkkk.. rasa mcm dh lari sgt dari topik nih . Urmmm.. muhasabah diri kejap .


Duk selfie dan koya sesorang diri sambil melihat kejadian alam yg sungguh cantik terbentang indah di depan mata . Candid photo snap by fara . Dia ni suka amik gambar Pia curi-curi sejak dari dulu . Penuh galery dgn gambar candid muka Peah nih yg entah pape.. ada yg okay, ada yg tak . u admire i ke fara.. hahahaa .


esoknya plak.. keluar lagi.. okay dah fara.. enough.. jum kelik ! 


Sebelum berpisah jum kte layan Dilwale dulu . Hihii.. pasni U balik Ipoh, I balik Wangsa Maju, KL . Nnt jumpa lain kali plak k .


Okay lusa plak.. patah balik Shah Alam balik, last minute ada kerja . Gilaaa kau tak penat ? Ulang alik ulang alik.. aduhh.. penat toksah cakap laa..


Dah alang-alang balik Shah Alam ni balik, jumpa plak gewe kte yg sorang ni . Ain awek Sekinchan wuhuuuu.. heheeee . Dia ni pun jenis yg suka bawa si Pia ni berjalan ke sana ke mari berdua . 




Okay, kalau boleh kat semua tempat nak bergambar . Mcm laa tak pernah dtg sini . Perempuan dan camera, berpisah tiada :p


Auwwcakkkk cikugunyaaahhhh ! -,-" penat . Dah tak rasa kaki dah niii.. tapi masih menahan mata . Balik jee bilik terus pengsan tak hengat waktu ;p


OHHH.. esoknya.. finally dpt balik dan melepak dgn Nyah ni plak.. weiiii.. letih ! Dari Stesen Pdg. Jawa - Stesen KL Sentral - Stesen Sri Rampai pun gamaknyee dah fedup tgk muka Mek Pia ni duk ulang alik sana sini dua tiga hari ni . Balik balik muka yg sama . Heee . Kesian.. duit pun habis beratus lebur mcm gitu jeee.. ohhh sadisnya hidup ! T,T


Cermin mata yg dulu dh pecah . So ingat mau angkat ini design lah . Comey dop bingkai nih ? kte survey dulu deh . Nanti kte buat baru yee mata . Hurmmm.. sebelum tu nak minta maaf jugak dekat memana kekwn Pia yg ajak jumpa, lepak semua.. bukan taknak, bukan memilih.. tapi tak sempat . Masa tak selalu mengizinkan . Yg mana Pia dpt jmpe ni pun semuanya secara last minute . Mengertilah.. fahamilah.. Pia yg dulu dan sekarang sama sahaja . Tak kecik tak besar . Tak byk songeh . Pia tak kisah . Tp belum ada diberi rezeki utk berjumpa kwn yg lain . Jgn risau.. Pia tak sombong.. dan jgnlah fikir yg bukan-bukan . Ada rezeki, ada masa kte jumpa k ;) ehh, lupa nk cakap.. thanks pada yg whtsapp Pia or pm pia di fb number phone korang yee.. saya suka saya suka ! Even tak semua contact boleh dpt balik.. mana yg contact pia tuuu terima kasih bebyk byk deh . Kali ni Pia save bebetul and takan terhilangkan lagi . Huhuhuu .

Ehh, sebelum mengakhiri entri ini.. meh kte semua amalkan perkara-perkara ini sebelum tidur . Meh pakat kumpul pahala bebyk meh . Pia share sebab Pia sayang semuaaaa.. heeeee..


Senang jee kan nak dpt pahala . Islam itu mudah, kte jee yg byk merumitkannya . Amalkan selalu tau.. besar ganjarannya kelak ;) 

Okay-okay.. nak tidur dah ni . Esok nak kelik kelatey.. hurayyy.. dpt jumpa si comel ni nanti.. 


Muhammad Irfan Raziq bin Mohd Hafiz makin ebab yee syg Mama Pia ni.. dah pandai senyum yee dia.. :D balik nnt siap laa kena gomol ni budak kecik ni . Dalam masa yg sama, tak sabar nak tggu anak kakak plak ni.. yeee.. Abang Nawfal dan Naqib nanti bakal dpt adik lagi.. yeayyy ! Aku plak excited melebih.. kan best kalau anak kakak yg ketiga ni nanti gegurl . Kepingin punya ponakan gegurl deh . Dah ada tiga hero termasuk baby Irfan ni.. tp.. takpe lah.. boboy ke gegirl.. biarlah.. asalkan baby sihat walafiat.. tak sabar nak sambut yg bakal deliver bulan 3 or bulan 4 ni . Bila dah makin bertambah anak buah ni.. makin terasa diri kian tua . Ohhh maiiii.. 



Abang Nawfal dah jadi goodboy.. sekolah dah dia . Paling kecik paling hujung ni itulah dia . Gerammm jee tgk gambar nih . Tggu bulan 2 ni nnt k . InsyaAllah Atok Nenek Kelantan nk pergi Johor nnt.. kalau takde aral yg melintang . Mama pia pun nak mencelah ikut sama ke Johor . Heee..😁 harap tiada benda yg menghalang nanti .


Si Naqib plak kesian.. nak sekolah belum cukup umor.. hehee.. sabar ye syg.. jgn nakal-nakal . Nantikan nak dpt adik lagi lepas ni . Haishhh.. rindunyaa kat dorang . Ni kalau Pia gi Johor nnt kalau ada nk jmpe kwn ni mesti si abangnya Nawfal nak mengikut sekali . Suka dia kalau org bawak berjalan . Tggu yee tggu.. eh.. okay dah.. pjg dan penuh plak entri kali ni . Dh lama tak menaip gini laa jadinyaa.. semua benda nk story.. lalalaa.. okbai.. ada masa jumpa lagi disini yee . 

Salam sayang,
Piasofia .