NO MATTER WHAT, THE MASTERPIECE OF ME IN REAL LIFE, I'D START WITH A BLOG .

Wednesday, 23 December 2015

Apo nak di katoooo .

Views
Assalamualaikum .


Haiii awak yg sedang stalk blog ni . Kabarin di sana ? Sihat-sihat aja kan ? Harap semuanya berada di kondisi yg stabil gitu yaa .  Hurmm.. udah lama sis enggak bersiaran di ruangan ini, jadinya langsung enggak tau mau mulanya di mana.. terlalu-lalu byk benda yg ingin di share kan di sini . Before ni langsung enggak punya waktu nak menaip . Sekarang baru hadoo maso nak ngadap . Apo nak di katoooo .

Okay, nak cerita laa sikit pasal cerita ni yg mcm dh agak basi jugak lah . Perihal keluar ngedate ngan awek gangster kte nih . Berkesempatan laa jumpa si awek gangster cuti hari tuu.. dia rindu kte, kte tau.. tp dia malu nk berkata jujur sbb takut kte ckp dia lesbi . Ahahahaaa . So tak perlu nk story panjang lebar, meh kte nak share lerr sedikit sebanyak gambar time dating berdua hari tu . Dah agak lama kott ni.. tp gigih nak share jugak.. biaq pi dia .


Spek mata iras-iras sbb dua-dua spek mata milik minah ni . Ate teman ni sajee jee nak ngetes kaca mata orang ni yob . Tehee ;p tipu laa kata, kalau keluar nak “ukur jalan" takde sekeping dua gambar selfie dlm kereta . Haaaa.. awak yg baca ni sepesen mcm kami berdua ke ? Ke tidak.. hihihi . 


Budak ni jakun kejap sbb tak pernah jumpa gegendang tuh kot . Tu yg kalut nak bergendang . Tolong laaa.. dekat sini pon jadi port nak bergambarkan.. -,-"


First time sampai sini, tu kalau bergambar acah-acah nak nampak “Mitsui Outlet Park Klia Sepang" tuh . Jauh sungguh mek Ain Farhana ni culik kte hari ni yee.. baguihhh naaa . Rajin nak bawa si Pia jenjalan kan . Plissss sekalian, abaikan mimik muka si Pia tuh . Muka mcm ada agenda tersendiri jee . 


Second time kot dtg Putrajaya nih . Tak ingat dah.. And.. finally.. dpt jugak merasa semayang Asar and Maghrib kat sini . Huyeayyy ! Tercapai dah satu wishlist nak merasa solat kat sini . Selama ni hanya mampu memendam rasa jee tgk rumah Allah ni dlm tv . Rasa manyak silonok dpt jejakkan kaki kat sini . Okay, nampak sgt beria kan.. beria dia tu mcm dah sampai Mekah . Hihihii . Takpe.. pasang niat . InsyaAllah one day nanti AININ SOFIA HASSAN BASRI dpt pergi Mekah . Aminnnn.. :) Eh, Plissss.. Amin kan jugak awak ! Heee.. Ya Rabbi, cantik sungguh rumah Allah ni.. lepas solat, rasa mcm nak duk situ tak mau keluar . Tenang jee rasa.. :) haaaa.. dah byk pusing sana sini budak ni bawak kte . kalau keluar dgn kwn, dia drive kete sendiri jgn ekau buat-buat taktau jooo . Minyak kereta bukan isi pakai air atau pasir tau, begitu jugak dengan duit tol kesana kesini, bukan pakai daun . Hulur lerr duit kau tuuu sikit topupkan sekali duit minyak n duit tol . Jgn sebab dia tak mintak, kau buat donooo.. eh, tak baik.. ini salah satu tips yg berhemah dan tips utk kekalkan relationship dlm friendship . Gitchuuu.. kemain Pia berfalsafah puleksss . Hiksss . Btw.. tqsm awek gangster sudi sharekan kebahagiaan . I lap u lah smpai kilat ! Huhuhuu .


Haaa.. ini plak kisah ptg semalam, photoshoot tudung . So meh Pia nak share sikit gambar.. heheee..

“Awaa.. saya nak set alat mekap satu bag besar mcm nih untuk hantaran kahwin nanti boleh tak awaa ?" *kelip-kelip mata* Hahahaaa . Okay, just kidding meh . Mmg tak dinafikan, alat mekap ni mmg merupakan salah satu kegilaan semua gegadis . Kalau pesen Pia, mmg suka tgk set-set alat mekap mcm ni . Teruja ! Tapi untuk memiliki nyaaa.. hurmmm.. tak rasa pun . Sebab ? Sebab tak reti guna . he he . Ada barang mekap tu ada.. tapi suka beli buat koleksi tapi pakainyaa tidak . Jarang-jarang sekali nak mekap . Membazir.. tapi suka beli dan kumpul dan tgk sampai expired ! Ahahahaa.. gataiii betul budak ni kan.. 


Suka dengan mekap natural look by Kak Bee ni . Soft jee nampak kan . Kak Bee mekap pun lembut-lembut jee dia belai usap-usap pipi hidung mata kte ni sampai hampir nak terlelap . Hihi . Sejenis yg mudah lena bila dibelai-belai . Halahhhh gediks punya statement ! :p


Ini Dina.. kawan baru Pia ! Thanks sebab bg layanan yg superb baik.. Dina layan Sofia persis Miss Universe gitu . Segan kte.. heee.. Eeeiiii.. baik sgt dia ni tau . Suara tuu lembut betoi . Sgt lemah gemalai orangnyaa.. serba salah kte dibuatnya bila dia layan kte ni mcm Miss Universe . Haishhh.. Kte ni model kampung jee awaa.. takyah manja kan sgt..


Alamak.. Gambar tak jadi.. dah penat sgt dah ni.. tu yg dedua mata kuyu nak tido tuh . 


Okay.. meh sengeh cecomel sikit . Btw, tqsm Dina untuk layanan baik awaa.. seriuss terharu . Ada rezeki kte bersua lagi yee..


Haaaa.. ni laa dia Kak Bee a.k.a ramzamode . Hakak comey ni laa yg mekapkan Pia jadi cantik utk setgh hari ni . Ore sekampung kte ni . Hehee . Mek kelatey jugok . Macam mana ni.. MUA lagi comel dan cantik tanpa mekap berbanding si model yg kat sebelah tuh . Hihi . Thanks jugak buat Kak Bee sbb hebat mekapkan Sofia tau . Bini org dah ni weiii.. tp comel dia kalah kte anak dara ni . Hew hew hew . Booo sama Pia... Booooo..~~~ :p 


Ahhhh.. dasar perasan loh yaaaa !!!! 

Okay-okay enough.. sebelum melabuhkan tirai untuk entri kali ini . Meh Pia nak gtau sikit . Hampir 95% mereka-mereka yg mengenali Pia secara live mahupun secara pandang-pandang, jeling-jeling tgk mostly beranggapan yg Pia ni sejenis yg suka dengan dunia glamour.. yeee.. ramai yg fikir begitu walhal sebenarnyee tidak .  Awak yg baca ni pun mesti fikir mcm tu jugak kan ? Tapi Percaya atau tidak.. sejujurnya Pia bagitau, Pia tidak lah terlalu obses dengan kerjaya yg menjerumus ke arah ke glamour-an itu . Jujur.. tak minat sebenarnya . Bila ada yg suruh Pia cuba nasib join pencarian Dewi Remaja lah, pencarian Nona Manis lah, jadi host rancangan lah, dan apajua lah . Mmg tak minat . Kekdg rasa nak tergelak bila ada yg bersungguh dari kte suruh join itu ini . Agak laa awaa.. awaa ingat kte ni layak ke ? Ahahahahaa.. layak ke tak layak, tetap tak minat . Tapi Alhamdulillah, Pia bersyukur dgn pencapaian diri yg biasa mcm ni . Tidaklah terlalu cemerlang seperti org lain . Sederhana mcm ni pun dah cukup . Mintak Allah jgn lahirkan rasa bangga diri, riak, sombong dan seumpamanya . Moga dijauhkan.. Bila ada yg tanya.. “Kenapa tak minat jadi glamour ? Bukan ke zaman skrg semua org nak glamour.. ramai yg sanggup buat benda yg entah apa utk mengejar title glamour tuuu ." And my answer is “No" for me .

Once kte dh masuk dunia glamour nanti.. mcm-mcm fitnah akan timbul . Dunia sekarang.. tau la kan . Pia yg mmg tak glamour langsung ni pon dh terasa memcm tempias kata-kata org . Sakit rasanya bila org mengata itu dan ini . Tak semua org suka pada kte . Walau sebaik apa pun kte, pasti ada yg benci . Bertabahlah.. kte hidup hanya utk mencari Redha Allah . Bukan utk memuaskan hati semua mahkluk dunia . Sepanjang pia kerja, mcm-mcm jenis manusia Pia jumpa . Tapi syukur alhamdulillah.. disebalik kesulitan, Allah hadirkan ramai manusia yg baik-baik dtg berdamping . Seriusss okay, rasa terharu sampai nak nangis . Hatiku mudah terusik . Yee, mudah . Kelemahan diri, Org Tua, Kanak-kanak, Org-org baik dan yg segolong dgnnyaa . Ahhhh.. I cannot laa . 

Ingat lagi ada satu kejadian ni.. waktu tgh kje, dtg org TV buat liputan katanya.. dan mintak pertolongan utk jawab a few question . Berkeras pia menolak sbb katanya interview ni akan masuk dlm media laman social . Mcm masuk tv laa kan.. setgh org maybe suka masuk tv kan . Boleh laa glamour kejap . Tapi Pia sama sekali tak nak ! Tp disebabkan aku lemah pada pujuk rayu org.. so tewas . Act, rasanya dah tiga kali ditemuramah dgn org TV . First interview tentang.. okay, rasanya takyah laa kot gtau mengenai apa . Ahahahaa . Entah pape.. tapi yg 2nd interview tuh sgt meninggalkan kesan yg mendalam dlm diri . Sbb apa ? sbb diri ini sedikit sebyk dah terkena makian cacian dan tomahan org ramai.. seriously terkejut ! mulanya tak perasan video tu dah keluar kat internet dan tersebar di facebook . Sebab setakat dah kje ni mmg dah lama tak tgk TV . TV pun tak tgk kte.. tehee.. :p Tau pun bila my suster ngesot download video tu then post to group whatsapp family . First tgk video tu rasa mcm nak maki diri sendiri pun ada . Ahaahahaa . Pastu bila try bukak facebook terjumpa video tu dekat satu blog femes ni, terus Pia baca komen-komen org . Perghhh..! Seriusss sentap ! Penuh komen negatif dari mereka . Org taktau.. behind the scene tuh mcm mne . Suka hati lemparkan komen negatif mcm tu mcm ni . Tahukah anda, apa yg pia ckpkan dlm video tu sebnrnya bukan dari Pia sendiri . Hangpa tau dak cheq kena paksa.. kena paksa interview ! Semua dialog dlm tuh sudah dikarang siap oleh org TV . Pia hanya perlu cakap depan camera . Erghhh.. then bila post di laman social.. tgk penuh dgn komen negatif . And that's why I tak minat masuk TV ! Sekejap jee fitnah dtg bertempek . Kalau setakat mcm ni pun dah dpt fitnah . Nak ke masuk dlm dunia glamour ? Nak ke jadi femes ? ohhh kemonnn gais.. tak perlu kot . Glamour kat dunia ni tak kemana . Bahayaaa . 

Dan yg paling latest.. sekali lagi masuk TV . Ini pun bukan atas kerelaan diri . Org mintak tlg, tak sanggup mengatakan tidak jika mampu laksanakan ia . Katanya akan masuk dlm TV3 utk slot apa entah . Tp yg ini nasib baik tak perlu ckp pape.. ahahahaa.. hanya pergerakan sahaja . Habis shoot, akak ni tinggalkan name card dia and mintak my phone number . Dia ni one of team production assistant TV3 . Katanya.. kalau ada rezeki . Dia nak offer Pia masuk TVC ke apa ntah . Aku hanya mampu tersengeh bak kambing . Akak ni ingat kte ni minat kot benda-benda mcm ni . Tapi akak ni sgt baik orgnya . Ermm.. awak yg baca blog kte ni minat ke nak masuk tv? Kte ada contact number org TV3 nih . Berminat ? Pm me . Ahahahaaaa . Okbai.. suka hati jee nak passing number org . Haishhh.. gurau jee.. Oklah, dh cukup panjang berjela dh ni . Sebelum tu nak gtau, zaman sekarang.. pleaseee.. jgn laa nak kejar glamour dgn cara mudah, mcm buat something yg agak memalukan diri and yg boleh menjatuhkan maruah diri kte sebagai org islam . Lagi sekali diingatkan, glamour didunia tak kemana.. ingat.. pesanan buat diri sendiri dan kwn-kwn, jaga diri dan jauhi sifat negatif.. jangan sesekali timbul rasa bangga diri . Ingat.. ada yg lebih Berkuasa . Renung-renungkan.. dan selamat beramal k awak sekaliannn ;) okbai.. Sis nak sesiap balik kampung ni.. yeayyyy !!! Dh lama tak balik . Tinggalkan dulu semuanyaa.. ini masanya Sis nak berehat . Sekarang badan rasa lembik dan lemah sgt . Penat tak terkata . Rasa perlukan rehat secukup mungkin . Ahahahaa . Sebab sis dah dikhuatiri mempunyai tekanan darah rendah . Kepala asyik nak pusing jee sana sini . Berehatlah . Okbai.. doakan perjlnan Pia, kak atie dan abg selamat sampai di Kelatey deh . 

Coretan tulus ikhlas,
Piasofia .

No comments:

Post a Comment