NO MATTER WHAT, THE MASTERPIECE OF ME IN REAL LIFE, I'D START WITH A BLOG .

Saturday, 8 August 2015

Gedik .

Views
Assalamualaikum .

Haiii . Bersua lagi kte yee.. btw, thanks kalau singgah jenguk sini lagi . Okeh, kali ni punya title mmg agak panas sikit bila baca . But I have to share :) So awal-awal lagi lah kte nak mintak maaf kepada mana yg terasa . Rasa terpanggil nak meluahkan tentang isu ‘Gedik' nih . Bukan apa, sekadar ingin menyuarakan pendapat hati dan juga untuk menjadikan ia sebagai peringatan diri . Yang mana baca, bacalah . Okay, let's start ! Kekadang pernah tak terfikir tentang perangai kte bila di khalayak ramai ni mcm mana ? Pernah tak ? Bukan nak kata apa, bukan sengaja nak buka aib kaum sendiri, bukan sengaja nak mencemuh sifat kaum sendiri, dan bukan juga sengaja nak memperlekehkan kaum hawa . Tapi kekadang terasa malu pula bila kte terjumpa atau tertengok species wanita yang suka sangat nak jadi ‘attention seekers' nih atau dalam erti bahasa kasar adalah ‘gedik' .

Bukan nak ckp apa, banyak kali terserempak perempuan yang boleh dikatakan gedik tak bertempat . Faham ke? teringat kejadian di dalam train bebaru ni, ada sekumpulan perempuan ni kemain berborak sakan sambil gelak ketawa terbahak-bahak, kalau boleh mmg dorang nak suruh satu train kot dengar hilai tawa dorang tu, sampai ada dua tiga orang makcik yg dah bagi isyarat suruh perlahankan suara, tp manusia kalau dah jenis yg tak faham bahasa mmg buat-buat taktau jee.. tgk dari segi penampilan dorang haishhh.. jauh lebih baik pakaiannya dr Pia . Bertudung labuh sampai ke pusat . Tangan kaki berstoking bagai . Pakaian pun mmg menepati ciri-ciri wanita muslimah sejati . Tapi.. entahlah.. sendiri faham lah kan.. penah jugak terjumpa perempuan yg bertudung tapi bila bercakap dengan kwn-kwn dia, mulut kalah lelaki.. tak berhenti sebut ‘weyh b*ng*ng, b*d*h, b*bi ar kau.. s**l !' heiii.. mana adab awak sebagai seorang gadis, perempuan, dan wanita ? please kaum hawa.. jaga adab santun kte sebagai wanita melayu islam . Janganlah terlalu lantang bersuara di depan umum . Malu rasanya kalau tgk perangai kaum sendiri mcm tuh .


Haaa.. meh baca confession yang kat atas ni . Suka sgt ! ahahahaa . Mohon terasa kepada yg berperangai mcm ni -,-" Serius, mostly mmg macam ni . Kekadang naik menyampah nak hadap manusia gini. geli pon ada . Itu belum masuk bab cakap-cakap kotor lagi . Please laa.. perangai tu biarlah sejajar dengan perwatakan diri . Siapa yg terasa mungkin anda bersifat begitu seperti yg diterangkan dalam artikel diatas . Tapi.. tak semua mcm ni kan.. harap pembaca blog Pia tak mcm tu tau.. ;) Dan satu hal lagi.. Kadang-kala sakit hati jugak bila berdepan dengan orang yg bajet diri tu sempurna dari segala hal.. kalau bab-bab agama tu dia laa yg paling bagus . Apa yg kte buat semua salah . Itu tak betul, ini tak betul.. itu berdosa, ini berdosa.. itu haram, ini haram.. lagak diri Ustazah Siti Nor Bahyah . Lepas tu pandang kte ni mcm jahil sangat dengan agama sendiri . Sedih bila dipandang hina gitu . Takpe lah.. bertabahlah.. hubungan kita dengan Allah S.W.T biarlah kte dan DIA shja yg tahu . Tak perlu heboh kat semua nak tunjuk kealiman diri kat orang mcm sesetengah manusia yg suka nak tunjuk bagus tuuuu .

Banyak hal ‘gedik' yg sering kali terjadi di depan mata Pia . Sepanjang hidup Pia.. dari zaman mula-mula sekolah dulu Pia selalu berjumpa dengan dua jenis manusia .

- Gedik perasan diri paling lawa cantik dan digilai ramai .
- Gedik perasan berharta .

Ahahahaahahahahaaa.. belum start menaip tapi dah rasa mcm nak gelak tak berhenti -,-" taktau kenapa . Maybe mmg nasib selalu berjumpa dengan org-org mcm ni kott . Bukan nak tipu ke apa.. kalau Pia tipu sekali pun dapat apa kan.. Dosa jee.. acap kali jumpa kwn perempuan yg perasan tak hengat dunia . Sembang nak hebat aje . Sering kali dia cakap, kemana jee dia pergi mesti org akan ckp dia lawa, cantik, and so on . Pastu org tu org ni berkenan lah apa lah.. haishhh.. tak paham.. seriuss tak paham apa motif utama bagitau kte . Tau lerr kte ni tak secantik awak mungkin . Tapi tolong laa.. acap kali bangga diri buat org rasa meluat laa . Bukan jeles.. tapi sakit telinga dengar . Ingat.. jgn terlalu riak dengan kecantikan sementara yg Allah bagi ni . Esok-esok kedut juga . Kalau Allah nak tarik kelebihan tu sekelip mata je boleh awak . haishhh.. setahu Pia, org cantik or hensem ni selalu nya jarang bangga diri sampai tahap mcm tu sekali . Dari cara dia, pembawakan diri dia, penampilan dia, kte sendiri boleh tau kan dia ni disukai ramai . Tak perlu heboh or duk canang cerita satu kampung ckp org duk puji dia dengan segala bagai pujian.. am i right ?

Lagi satu, pernah tak jumpa manusia yg perasan kaya nih? kalau tanya Pia.. hmmm.. byk kali jumpa.. arghhh.. apalah nasib.. selalu aje jumpa org-org mcm ni . Malas lerr nak cerita.. sendiri tahu kan org mcm ni suka ckp hebat manjang . Takpe laa.. asal anda bahagia dunia akhirat.. Asalkan tak ganggu hidup Pia.. hanya mampu doakan yg terbaik buat awak-awak :) Once again, maaf kalau terasa.. tp kalau anda terasa juga.. that's mean, you're one of them ! teehee :p Kekadang terfikir.. kenapa takdir selalu menemukan pia dengan golongan manusia yg seperti Pia nyatakan diatas.. mungkin Allah nak bagi diri ini iktibar dan juga peringatan diri supaya jgn jadi mcm tu . Ya Allah.. Pia pun bukanlah sebaik-baik perempuan . Setiap hari pun tak terlepas dlm melakukan dosa padaNya . So apa boleh buat selain berdoa dan sujud mohon keampunan . Tapi beringatlah kaum hawa.. kte perempuan ni byk hal nak kena jaga . Maruah diri tu penting . Jangan nampak murah sgt.. adab santun kena jaga.. halahaiii.. Pia nk cakap lebih pon tak berani, sbb takut diri pon akan jadi alpa bila berdepan keseronokan duniawi . Manusia.. bila-bila masa jee boleh berubah bukan.. Minta Allah sentiasa jaga aib diri ini .

Kadang kala bila kte bersuara mcm ni pasti akan ada yg cakap.. ‘Alah, suka hati lah kte nak mcm mana pon . At least kte jadi diri sendiri.. tak hipokrit mcm kau . Asyik nak cover ayu and cover cun jee manjang.. hehh.. nyampah !" yeee.. Pia penah dpt ayat ni setepek, ini pun dgr-dgr dari percakapan org dibelakang kte.. takpe laa.. tak semua org sukakan kte, baik mcm mana pun tetap ada yg membenci . Depan ada senyuman, belakang wallahualam.. Yg tak kenal kte pun benci tak suka padahal tak pernah bersua muka . Kelakar kan ? tp itulah hakikat sebenar.. Hanya kwn yg bebetul kwn and bebetul kenal Pia tau Pia ni jenis yg mcm mana . Bukan cover ayu atau pun cover cun . Tapi kte tau, kte perempuan so adab mcm mana nak kena jaga bila didepan ramai org . Jangan nmpk diri tak cerdik sgt.. :) nanti dpt cemuhan org.. dari dulu sering jugak dgr ada yg duk ckp and sindir.. ‘Pia mekap-mekap selalu nanti esok-esok nak kahwin hilang seri pengantin kat muka tuh..' (even calit eyeliner je pun atas mata) awak.. kte mekap ni pun waktu ada photoshoot and atas tuntutan kerja jee.. tak lebih dari tu.. takpe lah . Jika panjang umur dan berkahwin, mmg niat dalam hati takmau mekap tetebal . Harap bakal suami terima diri seadanya :) Yeee.. mulut org kte mmg tak boleh nak tutup . Kalau dia yg buat takpe belaka, tp kalau kte buat pasti ada yg kritik itu dan ini . Sabarlahh.. :)

Kalau ikutkan kata hati, banyak hal lagi yg nak disentuh disini.. tapi mcm terlalu panjang sgt lerr plak kan . Maaf lagi sekali yee kalau ada yg terasa hati.. saling mengingati sesama sendiri .

Ikhlas dari hati - Piasofia .