NO MATTER WHAT, THE MASTERPIECE OF ME IN REAL LIFE, I'D START WITH A BLOG .

Friday, 3 July 2015

Tak sabarnya !

Views

Assalamualaikum .

Haishhh tak sabarnya ! tak sabar nak balik kampung dan raya ! hurayyy ! semua dah beli baju raya ? berapa pasang baju raya ? kasut ? handbag ? persiapan raya ? biskut raya dah buat ? ke beli jee ? hehehee . sangat tidak sabar.. padahal ada byk hari lagi ni nak kena puasa . Sabarlah duhai Sofia :) Act, bukan tak sabar nak raya, tp sebenarnya tak sabar nak balik kampung kumpul adik beradik semua pastu dpt mkn sedap-sedap . Paling tak sabar nak jumpa Mama Abah . Heeee . Rindu . Asyik gaduh manje dekat whatsapp jee . Tak sabar nak makan masakan dari air tangan mama, tak sabar nak duk rumah, tak sabar nak bau bilik sendiri, tak sabar nak bukak almari sendiri, tak sabar nak ikut Abah pergi bazar pastu boleh request nak makan itu ini . Hohohoo.. sangatlah tak sabar . Ohh masa.. mohon berlalu dengan pantas . Takpe Sofia.. tahan tahan.. selesai kerja minggu depan kte balik okay.. :)

setiap kali berpuasa mesti akan ingat balik moment-moment waktu study dulu dengan kawan-kawan . Dulu habis jee class sangat rajin pergi bazar dengan kawan-kawan . Paling gemar dengan puding kat bawah ni .


Puding buah cocktail ke apa namanya . Ya Rabbi.. ini kesukaan diri sangat . Setiap kali ke bazar setiap kali akan ada juadah puding ni untuk berbuka . Rasa bahagia sangat bila dapat makan puding ni . Selalu kalau Pia hilang di tengah keramaian manusia di bazar tak lain tak bukan Pia akan ke gerai makcik yang jual puding sedap ni di bahagian hujung dekat stesen petronas di Cahaya Masai depan poli . Ahahahaa . Seriusss.. Banyak-banyak orang yg jual puding ni, mmg tak akan boleh lawan kesedapan puding makcik kat gerai ujung ni . Sedappp ! kekadang beli sampai dua tiga bekas . Dah beli mesti muka ada senyum meleret sampai balik rumah . Satu perasaan happy yg tidak terungkap dengan kata-kata.. ohh bahagianya dia dapat puding nih . Ahahahaa *macam apedaa . Tapi bila pergi bazar acik tu tak bukak gerai jual puding mesti balik dengan perasaan yg keciwa amat . Muka tak payah cakap laa lagu mana, masam mencuka . Bak kata Oyoy.. “Weyy, asal muka kau mcm kena pisak (koyak) dengan malaikat je ni ?!" -,-' ayat sarawak diaaa dah keluar . Yelaa.. muka murung jee gara-gara tak dapat puding ! what the heck peah ? -,-" 

Ingat lagi, gara-gara terlebih suka and terlebih makan puding ni laa sampai muntah kat restoran . Ini baru betul, makan sampai muntah.. kikikii.. mungkin bersebab dengan demam jugak, demam-demam abis class sibuk nak pergi bazar and berbuka dengan kekawan . Last iftar together kononnya . Sekali amik kau.. bikin malu aja deh . Bila ingat balik.. Ya Allah, malunya.. ahahahaa.. sengal peah, sungguh kau sengal . Tak masai menyusahkan orang . hurmm .

Eh, baru perasan.. hampir setengah entri ni penuh cerita pasal puding jee . Haiyakkk.. dah kenapa . Suka dan minat punya pasal dekat puding . Ayooo . Okeh, tukar topik . Haaa.. hari tu duk scroll-scroll fb tetiba ternampak orang share mengenai “Posisi tidur melambangkan personaliti seseorang". Apakah benar ini ? Suka suki meh . Okay, Pia share posisi yg Pia tidur . Hehee . 


Haaa, Pia ni jenis suka tidur berselubung selimut seluruh badan . Maklum lah, species yg tak boleh tahan sejuk . Sebab tu kurang gemar nak ON aircond nih melainkan cuaca panas terik baru ON aircond . Manusia lemak tak banyak mcm ni lerrr . Ayat yg paling 1st kat atas tuh tak pasti laa berpenampilan cun ke tidak, sebab rasa kekdg ada jugak pakai ala kadar dan selebet jee di khalayak ramai . Rasanya org lain ramai lagi yg berpenampilan hebat diluar sana . yee dok..

Pemalu dan lemah . Hurmm . Mmg sejenis yg agak pemalu dengan orang yg tidak dikenali nih, tapi bila dah kenal . Amboiihh mulut ni tak berhenti bercakap . Pot pet pot pettt . Heeee . Lemah tu pulak ikut keadaan . Time lemah lemah laa.. bila setengah benda buat tak jadi, rasa mcm nak menangis sepanjang masa . hurmmm .

Penyimpan rahsia dan sgt berahsia . Kalau ada org bercerita sesuatu dan suruh rahsia kan, InsyaAllah sampai bila-bila takan pecah di mulut . Rahsia org kte pegang lerr, mesti laa kena amanah dengan  perjanjian org kan . Jangan bagi kepercayaan org hilang pada kita . Nak kata sangat berahsia sebenarnya pun tak . Berahsia sikit tu mesti laa ada kan . hihi . Tapi tidaklah terlalu berahsia .

Gemar menyelesaikan masalah sendiri dan memendam rasa tanpa pengetahuan org lain . Yesss . that's me ! sebab kekadang tak semua masalah kte kte boleh share dengan semua org . Org lain pun ada masalah tersendiri, so kte tak perlulah nak menambah beban kat org lain yg ada masalah jugak . Kesian kat org, masalah sendiri tak selesai nak kena pikir masalah kte pulak kan . Ayooo . So pepandai lerr selesaikan sendiri . Bila dah rasa mcm tak termampu nak tanggung barulah cari seseorang yg sedia mendengar luahan hati ini . Sekadar meluahkan, bukan mintak simpati atau mintak selesaikan .

Sering meracau waktu tidur . Ahhhh.. ini tidak betul sama sekali meh . Pia ni jenis yg payah nak bermimpi mahupun meracau tak tentu hala . Bermimpi tu ada laa sekali sekala bila terlalu teringatkan atau terfikirkan sesuatu hal . Haa, itu baru mimpi betul.. pelik tp benar . Yang kes nak meracau tuuu takdak sama sekali . Kte ni tidur baik-baik jee . Tak buas, sopan jee :p Hurmmm . Last mimpi hari tu pasal.... pasal kena kahwin paksa ! ohoiii.. seriauuu.. nightmare ! mintak dijauhkan lah . tetiba plak dalam mimpi tu kena kahwin ngan mamat mana ntah . Yang sadisnya sebab kena paksa, bukan atas kerelaan diri . Aduiii.. apa punya mimpi lerrr .

Tidak gemar meminta bantuan org lain . Yess . I kinda like that . Sebab rasa macam sangat menyusahkan org kalau nak mintak tolong nih . Takut org rasa terbeban even dia tak ckp pun . Selagi benda boleh settle sendiri, kte settle kan sendiri . Hidup jgn nak menyusahkan org sangat . Bila betul-betul terdesak perlukan bantuan baru kte minta tlg dgn org .

Berjiwa lembut tuh betul laa tuuu.. Hehee.. semua perempuan jiwa lembut kan . Romantik dlm hubungan . Hurmmm . Taktau nak setuju ke tak . Sebab tak hingat, dah lama hidup sendirian . ehehehe . Sang pencinta setia . Yee sangat setia kata koo . Dah syg, syg gilak . Tapi tu lah.. mmg ramai yg beranggapan kte ni tidak pandai bercinta . ahahahaaa . Sekarang pun memang dah tak reti nak bercinta dah . back to the old me :)

Okay, konklusi untuk entri kali ini adalah, tiada apa-apa pun sebenarnyaa . merapu jee lebih . Muehehehee . Sebab bosan, dan tak sabar ! tak sabar nak kelik kapong lerr ! nak makan kuih muih kelatey.. lompat tikam, nekbat, kuih che mek, kuih manja, akok, bunga tanjung, lup cup, butir nangka, ondeh-ondeh dan memcm lagi lah ! dapnyeee.. balik nnt nak buat puding lah.. puding buah ngan puding caramel . Sedapnyaa.. nak balik cecepat .

okay sampai sini sudah omongan merapu dari gue . 

Salam cinta dan kasih,
Piasofia ;)

1 comment: