NO MATTER WHAT, THE MASTERPIECE OF ME IN REAL LIFE, I'D START WITH A BLOG .

Wednesday, 23 December 2015

Apo nak di katoooo .

Views
Assalamualaikum .


Haiii awak yg sedang stalk blog ni . Kabarin di sana ? Sihat-sihat aja kan ? Harap semuanya berada di kondisi yg stabil gitu yaa .  Hurmm.. udah lama sis enggak bersiaran di ruangan ini, jadinya langsung enggak tau mau mulanya di mana.. terlalu-lalu byk benda yg ingin di share kan di sini . Before ni langsung enggak punya waktu nak menaip . Sekarang baru hadoo maso nak ngadap . Apo nak di katoooo .

Okay, nak cerita laa sikit pasal cerita ni yg mcm dh agak basi jugak lah . Perihal keluar ngedate ngan awek gangster kte nih . Berkesempatan laa jumpa si awek gangster cuti hari tuu.. dia rindu kte, kte tau.. tp dia malu nk berkata jujur sbb takut kte ckp dia lesbi . Ahahahaaa . So tak perlu nk story panjang lebar, meh kte nak share lerr sedikit sebanyak gambar time dating berdua hari tu . Dah agak lama kott ni.. tp gigih nak share jugak.. biaq pi dia .


Spek mata iras-iras sbb dua-dua spek mata milik minah ni . Ate teman ni sajee jee nak ngetes kaca mata orang ni yob . Tehee ;p tipu laa kata, kalau keluar nak “ukur jalan" takde sekeping dua gambar selfie dlm kereta . Haaaa.. awak yg baca ni sepesen mcm kami berdua ke ? Ke tidak.. hihihi . 


Budak ni jakun kejap sbb tak pernah jumpa gegendang tuh kot . Tu yg kalut nak bergendang . Tolong laaa.. dekat sini pon jadi port nak bergambarkan.. -,-"


First time sampai sini, tu kalau bergambar acah-acah nak nampak “Mitsui Outlet Park Klia Sepang" tuh . Jauh sungguh mek Ain Farhana ni culik kte hari ni yee.. baguihhh naaa . Rajin nak bawa si Pia jenjalan kan . Plissss sekalian, abaikan mimik muka si Pia tuh . Muka mcm ada agenda tersendiri jee . 


Second time kot dtg Putrajaya nih . Tak ingat dah.. And.. finally.. dpt jugak merasa semayang Asar and Maghrib kat sini . Huyeayyy ! Tercapai dah satu wishlist nak merasa solat kat sini . Selama ni hanya mampu memendam rasa jee tgk rumah Allah ni dlm tv . Rasa manyak silonok dpt jejakkan kaki kat sini . Okay, nampak sgt beria kan.. beria dia tu mcm dah sampai Mekah . Hihihii . Takpe.. pasang niat . InsyaAllah one day nanti AININ SOFIA HASSAN BASRI dpt pergi Mekah . Aminnnn.. :) Eh, Plissss.. Amin kan jugak awak ! Heee.. Ya Rabbi, cantik sungguh rumah Allah ni.. lepas solat, rasa mcm nak duk situ tak mau keluar . Tenang jee rasa.. :) haaaa.. dah byk pusing sana sini budak ni bawak kte . kalau keluar dgn kwn, dia drive kete sendiri jgn ekau buat-buat taktau jooo . Minyak kereta bukan isi pakai air atau pasir tau, begitu jugak dengan duit tol kesana kesini, bukan pakai daun . Hulur lerr duit kau tuuu sikit topupkan sekali duit minyak n duit tol . Jgn sebab dia tak mintak, kau buat donooo.. eh, tak baik.. ini salah satu tips yg berhemah dan tips utk kekalkan relationship dlm friendship . Gitchuuu.. kemain Pia berfalsafah puleksss . Hiksss . Btw.. tqsm awek gangster sudi sharekan kebahagiaan . I lap u lah smpai kilat ! Huhuhuu .


Haaa.. ini plak kisah ptg semalam, photoshoot tudung . So meh Pia nak share sikit gambar.. heheee..

“Awaa.. saya nak set alat mekap satu bag besar mcm nih untuk hantaran kahwin nanti boleh tak awaa ?" *kelip-kelip mata* Hahahaaa . Okay, just kidding meh . Mmg tak dinafikan, alat mekap ni mmg merupakan salah satu kegilaan semua gegadis . Kalau pesen Pia, mmg suka tgk set-set alat mekap mcm ni . Teruja ! Tapi untuk memiliki nyaaa.. hurmmm.. tak rasa pun . Sebab ? Sebab tak reti guna . he he . Ada barang mekap tu ada.. tapi suka beli buat koleksi tapi pakainyaa tidak . Jarang-jarang sekali nak mekap . Membazir.. tapi suka beli dan kumpul dan tgk sampai expired ! Ahahahaa.. gataiii betul budak ni kan.. 


Suka dengan mekap natural look by Kak Bee ni . Soft jee nampak kan . Kak Bee mekap pun lembut-lembut jee dia belai usap-usap pipi hidung mata kte ni sampai hampir nak terlelap . Hihi . Sejenis yg mudah lena bila dibelai-belai . Halahhhh gediks punya statement ! :p


Ini Dina.. kawan baru Pia ! Thanks sebab bg layanan yg superb baik.. Dina layan Sofia persis Miss Universe gitu . Segan kte.. heee.. Eeeiiii.. baik sgt dia ni tau . Suara tuu lembut betoi . Sgt lemah gemalai orangnyaa.. serba salah kte dibuatnya bila dia layan kte ni mcm Miss Universe . Haishhh.. Kte ni model kampung jee awaa.. takyah manja kan sgt..


Alamak.. Gambar tak jadi.. dah penat sgt dah ni.. tu yg dedua mata kuyu nak tido tuh . 


Okay.. meh sengeh cecomel sikit . Btw, tqsm Dina untuk layanan baik awaa.. seriuss terharu . Ada rezeki kte bersua lagi yee..


Haaaa.. ni laa dia Kak Bee a.k.a ramzamode . Hakak comey ni laa yg mekapkan Pia jadi cantik utk setgh hari ni . Ore sekampung kte ni . Hehee . Mek kelatey jugok . Macam mana ni.. MUA lagi comel dan cantik tanpa mekap berbanding si model yg kat sebelah tuh . Hihi . Thanks jugak buat Kak Bee sbb hebat mekapkan Sofia tau . Bini org dah ni weiii.. tp comel dia kalah kte anak dara ni . Hew hew hew . Booo sama Pia... Booooo..~~~ :p 


Ahhhh.. dasar perasan loh yaaaa !!!! 

Okay-okay enough.. sebelum melabuhkan tirai untuk entri kali ini . Meh Pia nak gtau sikit . Hampir 95% mereka-mereka yg mengenali Pia secara live mahupun secara pandang-pandang, jeling-jeling tgk mostly beranggapan yg Pia ni sejenis yg suka dengan dunia glamour.. yeee.. ramai yg fikir begitu walhal sebenarnyee tidak .  Awak yg baca ni pun mesti fikir mcm tu jugak kan ? Tapi Percaya atau tidak.. sejujurnya Pia bagitau, Pia tidak lah terlalu obses dengan kerjaya yg menjerumus ke arah ke glamour-an itu . Jujur.. tak minat sebenarnya . Bila ada yg suruh Pia cuba nasib join pencarian Dewi Remaja lah, pencarian Nona Manis lah, jadi host rancangan lah, dan apajua lah . Mmg tak minat . Kekdg rasa nak tergelak bila ada yg bersungguh dari kte suruh join itu ini . Agak laa awaa.. awaa ingat kte ni layak ke ? Ahahahahaa.. layak ke tak layak, tetap tak minat . Tapi Alhamdulillah, Pia bersyukur dgn pencapaian diri yg biasa mcm ni . Tidaklah terlalu cemerlang seperti org lain . Sederhana mcm ni pun dah cukup . Mintak Allah jgn lahirkan rasa bangga diri, riak, sombong dan seumpamanya . Moga dijauhkan.. Bila ada yg tanya.. “Kenapa tak minat jadi glamour ? Bukan ke zaman skrg semua org nak glamour.. ramai yg sanggup buat benda yg entah apa utk mengejar title glamour tuuu ." And my answer is “No" for me .

Once kte dh masuk dunia glamour nanti.. mcm-mcm fitnah akan timbul . Dunia sekarang.. tau la kan . Pia yg mmg tak glamour langsung ni pon dh terasa memcm tempias kata-kata org . Sakit rasanya bila org mengata itu dan ini . Tak semua org suka pada kte . Walau sebaik apa pun kte, pasti ada yg benci . Bertabahlah.. kte hidup hanya utk mencari Redha Allah . Bukan utk memuaskan hati semua mahkluk dunia . Sepanjang pia kerja, mcm-mcm jenis manusia Pia jumpa . Tapi syukur alhamdulillah.. disebalik kesulitan, Allah hadirkan ramai manusia yg baik-baik dtg berdamping . Seriusss okay, rasa terharu sampai nak nangis . Hatiku mudah terusik . Yee, mudah . Kelemahan diri, Org Tua, Kanak-kanak, Org-org baik dan yg segolong dgnnyaa . Ahhhh.. I cannot laa . 

Ingat lagi ada satu kejadian ni.. waktu tgh kje, dtg org TV buat liputan katanya.. dan mintak pertolongan utk jawab a few question . Berkeras pia menolak sbb katanya interview ni akan masuk dlm media laman social . Mcm masuk tv laa kan.. setgh org maybe suka masuk tv kan . Boleh laa glamour kejap . Tapi Pia sama sekali tak nak ! Tp disebabkan aku lemah pada pujuk rayu org.. so tewas . Act, rasanya dah tiga kali ditemuramah dgn org TV . First interview tentang.. okay, rasanya takyah laa kot gtau mengenai apa . Ahahahaa . Entah pape.. tapi yg 2nd interview tuh sgt meninggalkan kesan yg mendalam dlm diri . Sbb apa ? sbb diri ini sedikit sebyk dah terkena makian cacian dan tomahan org ramai.. seriously terkejut ! mulanya tak perasan video tu dah keluar kat internet dan tersebar di facebook . Sebab setakat dah kje ni mmg dah lama tak tgk TV . TV pun tak tgk kte.. tehee.. :p Tau pun bila my suster ngesot download video tu then post to group whatsapp family . First tgk video tu rasa mcm nak maki diri sendiri pun ada . Ahaahahaa . Pastu bila try bukak facebook terjumpa video tu dekat satu blog femes ni, terus Pia baca komen-komen org . Perghhh..! Seriusss sentap ! Penuh komen negatif dari mereka . Org taktau.. behind the scene tuh mcm mne . Suka hati lemparkan komen negatif mcm tu mcm ni . Tahukah anda, apa yg pia ckpkan dlm video tu sebnrnya bukan dari Pia sendiri . Hangpa tau dak cheq kena paksa.. kena paksa interview ! Semua dialog dlm tuh sudah dikarang siap oleh org TV . Pia hanya perlu cakap depan camera . Erghhh.. then bila post di laman social.. tgk penuh dgn komen negatif . And that's why I tak minat masuk TV ! Sekejap jee fitnah dtg bertempek . Kalau setakat mcm ni pun dah dpt fitnah . Nak ke masuk dlm dunia glamour ? Nak ke jadi femes ? ohhh kemonnn gais.. tak perlu kot . Glamour kat dunia ni tak kemana . Bahayaaa . 

Dan yg paling latest.. sekali lagi masuk TV . Ini pun bukan atas kerelaan diri . Org mintak tlg, tak sanggup mengatakan tidak jika mampu laksanakan ia . Katanya akan masuk dlm TV3 utk slot apa entah . Tp yg ini nasib baik tak perlu ckp pape.. ahahahaa.. hanya pergerakan sahaja . Habis shoot, akak ni tinggalkan name card dia and mintak my phone number . Dia ni one of team production assistant TV3 . Katanya.. kalau ada rezeki . Dia nak offer Pia masuk TVC ke apa ntah . Aku hanya mampu tersengeh bak kambing . Akak ni ingat kte ni minat kot benda-benda mcm ni . Tapi akak ni sgt baik orgnya . Ermm.. awak yg baca blog kte ni minat ke nak masuk tv? Kte ada contact number org TV3 nih . Berminat ? Pm me . Ahahahaaaa . Okbai.. suka hati jee nak passing number org . Haishhh.. gurau jee.. Oklah, dh cukup panjang berjela dh ni . Sebelum tu nak gtau, zaman sekarang.. pleaseee.. jgn laa nak kejar glamour dgn cara mudah, mcm buat something yg agak memalukan diri and yg boleh menjatuhkan maruah diri kte sebagai org islam . Lagi sekali diingatkan, glamour didunia tak kemana.. ingat.. pesanan buat diri sendiri dan kwn-kwn, jaga diri dan jauhi sifat negatif.. jangan sesekali timbul rasa bangga diri . Ingat.. ada yg lebih Berkuasa . Renung-renungkan.. dan selamat beramal k awak sekaliannn ;) okbai.. Sis nak sesiap balik kampung ni.. yeayyyy !!! Dh lama tak balik . Tinggalkan dulu semuanyaa.. ini masanya Sis nak berehat . Sekarang badan rasa lembik dan lemah sgt . Penat tak terkata . Rasa perlukan rehat secukup mungkin . Ahahahaa . Sebab sis dah dikhuatiri mempunyai tekanan darah rendah . Kepala asyik nak pusing jee sana sini . Berehatlah . Okbai.. doakan perjlnan Pia, kak atie dan abg selamat sampai di Kelatey deh . 

Coretan tulus ikhlas,
Piasofia .

Tuesday, 27 October 2015

Eh, 23 dah .

Views


Assalamualaikum,

Haiiii awak.. haaa nak update sikit ni mengenai tarikh 25 Oct . Bertarikhkan 25 Oct, kini umur empunya nama AININ SOFIA HASSAN BASRI secara rasminya sudah menjangkau usia 23 tahun . eh, 23 dah.. mcm tak percaya jee.. cepatnya masa berlalu.. terasa mcm semlm je baru keluar dari perut mama :p

Alhamdulillah.. Praise to Allah S.W.T for everything that I have now :) a healthy body, a lovely family, a beloved friend :) Thank you for all the experience of this past year, for times of success which will always be happy memories, for times of failure which reminded me of my own weakness and of my need for you, for times of joy when the sun was shining, for times of sadness which drove me to you .

Please forgive me for the hours I wasted, for the chances I failed to take, for the opportunities I missed this past year . Help me in the days ahead to make this the best year yet, and through it to bring good credit to myself, happiness and pride to my loved ones, Mama Babah.. and joy to ME . Thank You for health and sickness, for sorrows and joys . Thank You for the loneliness, for the work, for the worries, for the fears, for the difficulties and the tears and for everything that brought me closer to You .

May my life from now on, be a sign of my gratefulness . Thank you for guiding me, for commanding every direction that I take in my life . I also want to thank you for bringing in and taking out all whom you felt needed to come through my life, because everyone has a reason . I want to thank you for all that you have done and all that you continue to do for me, You brought love, hope and great changes into my life . You wrap me and all that is me in your hands, love, protection and provided in every way that is possible and beyond .

Allah.. all I can say is thank you so much for blessing me indeed, without you I am nothing but with you I have everything I'll ever need :) 

a simple birthday celebration for me :


Wanna say thank you soooooooo muchooooo to Hajar and Ain for celebrating my bufday ! Siap bagi present lagi kat kte si Ain budak comel ni . You make me feel overwhelmed sgt lah budak kecik ! cubit nanti ! :p


Alamak.. Hajar penat sangat sampai tido bila bergambar . Hehe . Mimpi sampai ke bulan dah ke Hajar ? :p Okay-okay, kte snap lain .


*click ! Okay.. semua bukak mata and senyum.. tiada yg lena . Hajar ni memalu betuiii tau.. nak amik gambar pun shegannn ngat aih .


Excuse for our bare face.. :p entah lah.. jenis yg memang malas nak bersiap and bermekap . Berbeza dengan Pia yg dulu di waktu zaman belajar, dulu zaman study rajin benau tenyeh atas kelopak mata tuh dgn eyeliner colour hitam lah, biru lah, coklat lah.. selalu pakai bila nak pi class.. boleh dikatakan mmg jarang sgt lah tak bercelak sebab dulu bila tak pakai celak gi class mesti mata rasa mengantuk and tak segar langsung nk belajar . Seriusss.. maybe sebab dah biasa bercelak kan . But now, hurmmm.. hampehhh.. gi kijee muka selebet mcm Aunty Peah dari Kampung masuk bando . *patut lerr geng bangla jee yg duk buat bunyikk cencorot.. geng lelaki melayu ni dah tak pandang itew, jeling pun tidak.. ahahahahaaa.. demand kau yee wahai lelaki melayu.. :p *

Hahhh.. korg yg lelaki yg mana terbuka baca belog kte ni toksah nak bergetaq tulang rusuk ngat lah tgk kwn kte nih . Tau dorang comel.. >...< Hajar ni tua setahun dari Pia, manakala si budak kecik Ain ni sebaya Pia je tapi untung kan baby face sgt.. cuma bezanya dia tua 3 bulan dari Pia.. eksen keluar awal dari kte . Cisss.. gelojoh nak tgk donia budak ni . Tehee . Tapiiiii.. harap muka jee comel minah ni.. Pangai.. Ya Rabbi.. kasar pia kasar dia lagi ! believe it or not ? ahahahaaa.. sengal dak Ain ni . Sekali dia cubit or tepuk bahu Pia boleh bikin gua berair air mata beb . sakit gilerr doh !!! tak guna ko Ain Farhana ! ahahahaaa . see ! I pun dah jadi ganas lepas kwn ngan dia . ahahahaa.. tggu kauuu aku balas nnt.. but, ganas ganas dia pun sweet tetap ada . Manja lebih, gedik banyak ! ahahahaa . suka mai duk melepek melekat ngan kte . Sampai pia ckp dia Lesbi.. mungekss nye Ain.. Sejenis sama mcm Balqis and Kak Sal, dlm diam suka menggigit ! seriuss weyhhh.. T T sakittt.. kalau selak lengan baju ni rasanya ada kesan lebam nih . Yang tak boleh blahnya siap ada kesan gigi sekoq-sekoq melekat kat kulit Pia ni.. -,-" seriusss.. lepas ni tggu henkorang.. aku nak bawak stappler and nak stappler mulut sorg-sorg . hurmmm..


Ganas-ganas si kecik Ain, ada kelembutan dan kemanisan melampau dlm diri dia yg hadir naturally . Even dia ni ganas mcm harimau malaya dan perlu di kuarantin kan seperti kena kuarantin dari virus H1N1 *mati laa aku kalau dia buka baca belog nih.. gerenti jumpa nnt habis dia lanyak-lanyak aku yg kering nih* dia tetap layan Pia baik-baik secara halussss..~ dlm keganasan ada kelembutan.. U can see bufday present Pia mcm mana.. not every people can be nice like her okeh ! and tak semua org sanggup menghabiskan beberapa RM or Cent utk dibelanjakan buat beli hadiah kat org yg kte baru kenal . but, she really truly love me as her new girlfriend.. she treat me so well and willing to help me when I am in difficulties and complicated situation.. bufday present Pia dia siap bagi Jam, Coklat, and Biskut Oreo.. tak cukup dgn tu siap belanja Subway and semua-semuanya lah.. and yess ! dia hampir buat Pia nangis.. sebab rasa disayangi giler babeng.. ahahahaa.. jujur laa.. before ni pun mmg dah pernah lerr dpt gift dari kwn, tp rasa terharu giler ngan si Ain ni sbb kami baru jee kenal tp dia sgtlah baik . hurmm.. act, Idk.. mcm mne dia boleh detect my fav coklat, fav colour and fav biscuit weyhhh.. walhal kami kenal tak sampai sebulan.. Kau ni Ain sweet giler lah weiii..! Honestly, jarang Pia bahasakan diri dgn panggilan Kau Aku ngan kwn gegirl Pia ni, nak-nak dgn kwn yg baru kenal.. mesti akan bahasakan diri “Pia" kalau ngan kwn gegirl lain . Kecuali akan ber “kau aku" dgn kwn yg bebetul rapat, salah sorangnya dgn si Umira Sazali girlpren Sarawak Pia yg sorang tuu, and now dengan minah ni lagi sorang... terus kasaq jadinya.. :)


Dua-dua muka gatal mintak kaki.. hehee . Thanks Ain Farhana anak pakcik “unknown" cause being my friend since the day we met till now :) hurmmm.. yg sedihnya Rabu ni dah last day dia . Dia mmg mintak kerja kejap jee sebab ada plan lain . Gedik betul perempuan ni.. nak resign awal-awal pahal . benci ! -,-" kalau nak bercerita pasal si Ain ni rasanya sampai besok lusa pun takan pernah ada titik noktahnya .


Okay-okay, last but not least.. kte nak habaq ni . Kte rasmi dulu naa dress bertemakan floral nih . Hihi . Cepat grab sebelum habis size !!! harga tgh runtuh tuuuu.. cepat beliii before it's back to normal price !!! nanti jgn nyesal kalau lambat beli pehtu abis size and colour . Yg super awesomenya, kain ni tak mudah kedut and ironless ! sgt sesuai utk species mcm Pia yg tak berapa gemar nak iron baju nih . hehehe .  Hurmmm.. k laa.. udah ngantok ni.. so izinin gue beradu duluan yaa.. ini hari juga dari malam udah mau bertukar ke siang hari nih.. sampai ketemuan lagi di lain entri yaa teman-teman . Ada kelapangan gue ceritain lagi disini . Ya udah.. tinggalin dulu . dadaaaaa..~

coretan hati,

Piasofia .

Saturday, 8 August 2015

Gedik .

Views
Assalamualaikum .

Haiii . Bersua lagi kte yee.. btw, thanks kalau singgah jenguk sini lagi . Okeh, kali ni punya title mmg agak panas sikit bila baca . But I have to share :) So awal-awal lagi lah kte nak mintak maaf kepada mana yg terasa . Rasa terpanggil nak meluahkan tentang isu ‘Gedik' nih . Bukan apa, sekadar ingin menyuarakan pendapat hati dan juga untuk menjadikan ia sebagai peringatan diri . Yang mana baca, bacalah . Okay, let's start ! Kekadang pernah tak terfikir tentang perangai kte bila di khalayak ramai ni mcm mana ? Pernah tak ? Bukan nak kata apa, bukan sengaja nak buka aib kaum sendiri, bukan sengaja nak mencemuh sifat kaum sendiri, dan bukan juga sengaja nak memperlekehkan kaum hawa . Tapi kekadang terasa malu pula bila kte terjumpa atau tertengok species wanita yang suka sangat nak jadi ‘attention seekers' nih atau dalam erti bahasa kasar adalah ‘gedik' .

Bukan nak ckp apa, banyak kali terserempak perempuan yang boleh dikatakan gedik tak bertempat . Faham ke? teringat kejadian di dalam train bebaru ni, ada sekumpulan perempuan ni kemain berborak sakan sambil gelak ketawa terbahak-bahak, kalau boleh mmg dorang nak suruh satu train kot dengar hilai tawa dorang tu, sampai ada dua tiga orang makcik yg dah bagi isyarat suruh perlahankan suara, tp manusia kalau dah jenis yg tak faham bahasa mmg buat-buat taktau jee.. tgk dari segi penampilan dorang haishhh.. jauh lebih baik pakaiannya dr Pia . Bertudung labuh sampai ke pusat . Tangan kaki berstoking bagai . Pakaian pun mmg menepati ciri-ciri wanita muslimah sejati . Tapi.. entahlah.. sendiri faham lah kan.. penah jugak terjumpa perempuan yg bertudung tapi bila bercakap dengan kwn-kwn dia, mulut kalah lelaki.. tak berhenti sebut ‘weyh b*ng*ng, b*d*h, b*bi ar kau.. s**l !' heiii.. mana adab awak sebagai seorang gadis, perempuan, dan wanita ? please kaum hawa.. jaga adab santun kte sebagai wanita melayu islam . Janganlah terlalu lantang bersuara di depan umum . Malu rasanya kalau tgk perangai kaum sendiri mcm tuh .


Haaa.. meh baca confession yang kat atas ni . Suka sgt ! ahahahaa . Mohon terasa kepada yg berperangai mcm ni -,-" Serius, mostly mmg macam ni . Kekadang naik menyampah nak hadap manusia gini. geli pon ada . Itu belum masuk bab cakap-cakap kotor lagi . Please laa.. perangai tu biarlah sejajar dengan perwatakan diri . Siapa yg terasa mungkin anda bersifat begitu seperti yg diterangkan dalam artikel diatas . Tapi.. tak semua mcm ni kan.. harap pembaca blog Pia tak mcm tu tau.. ;) Dan satu hal lagi.. Kadang-kala sakit hati jugak bila berdepan dengan orang yg bajet diri tu sempurna dari segala hal.. kalau bab-bab agama tu dia laa yg paling bagus . Apa yg kte buat semua salah . Itu tak betul, ini tak betul.. itu berdosa, ini berdosa.. itu haram, ini haram.. lagak diri Ustazah Siti Nor Bahyah . Lepas tu pandang kte ni mcm jahil sangat dengan agama sendiri . Sedih bila dipandang hina gitu . Takpe lah.. bertabahlah.. hubungan kita dengan Allah S.W.T biarlah kte dan DIA shja yg tahu . Tak perlu heboh kat semua nak tunjuk kealiman diri kat orang mcm sesetengah manusia yg suka nak tunjuk bagus tuuuu .

Banyak hal ‘gedik' yg sering kali terjadi di depan mata Pia . Sepanjang hidup Pia.. dari zaman mula-mula sekolah dulu Pia selalu berjumpa dengan dua jenis manusia .

- Gedik perasan diri paling lawa cantik dan digilai ramai .
- Gedik perasan berharta .

Ahahahaahahahahaaa.. belum start menaip tapi dah rasa mcm nak gelak tak berhenti -,-" taktau kenapa . Maybe mmg nasib selalu berjumpa dengan org-org mcm ni kott . Bukan nak tipu ke apa.. kalau Pia tipu sekali pun dapat apa kan.. Dosa jee.. acap kali jumpa kwn perempuan yg perasan tak hengat dunia . Sembang nak hebat aje . Sering kali dia cakap, kemana jee dia pergi mesti org akan ckp dia lawa, cantik, and so on . Pastu org tu org ni berkenan lah apa lah.. haishhh.. tak paham.. seriuss tak paham apa motif utama bagitau kte . Tau lerr kte ni tak secantik awak mungkin . Tapi tolong laa.. acap kali bangga diri buat org rasa meluat laa . Bukan jeles.. tapi sakit telinga dengar . Ingat.. jgn terlalu riak dengan kecantikan sementara yg Allah bagi ni . Esok-esok kedut juga . Kalau Allah nak tarik kelebihan tu sekelip mata je boleh awak . haishhh.. setahu Pia, org cantik or hensem ni selalu nya jarang bangga diri sampai tahap mcm tu sekali . Dari cara dia, pembawakan diri dia, penampilan dia, kte sendiri boleh tau kan dia ni disukai ramai . Tak perlu heboh or duk canang cerita satu kampung ckp org duk puji dia dengan segala bagai pujian.. am i right ?

Lagi satu, pernah tak jumpa manusia yg perasan kaya nih? kalau tanya Pia.. hmmm.. byk kali jumpa.. arghhh.. apalah nasib.. selalu aje jumpa org-org mcm ni . Malas lerr nak cerita.. sendiri tahu kan org mcm ni suka ckp hebat manjang . Takpe laa.. asal anda bahagia dunia akhirat.. Asalkan tak ganggu hidup Pia.. hanya mampu doakan yg terbaik buat awak-awak :) Once again, maaf kalau terasa.. tp kalau anda terasa juga.. that's mean, you're one of them ! teehee :p Kekadang terfikir.. kenapa takdir selalu menemukan pia dengan golongan manusia yg seperti Pia nyatakan diatas.. mungkin Allah nak bagi diri ini iktibar dan juga peringatan diri supaya jgn jadi mcm tu . Ya Allah.. Pia pun bukanlah sebaik-baik perempuan . Setiap hari pun tak terlepas dlm melakukan dosa padaNya . So apa boleh buat selain berdoa dan sujud mohon keampunan . Tapi beringatlah kaum hawa.. kte perempuan ni byk hal nak kena jaga . Maruah diri tu penting . Jangan nampak murah sgt.. adab santun kena jaga.. halahaiii.. Pia nk cakap lebih pon tak berani, sbb takut diri pon akan jadi alpa bila berdepan keseronokan duniawi . Manusia.. bila-bila masa jee boleh berubah bukan.. Minta Allah sentiasa jaga aib diri ini .

Kadang kala bila kte bersuara mcm ni pasti akan ada yg cakap.. ‘Alah, suka hati lah kte nak mcm mana pon . At least kte jadi diri sendiri.. tak hipokrit mcm kau . Asyik nak cover ayu and cover cun jee manjang.. hehh.. nyampah !" yeee.. Pia penah dpt ayat ni setepek, ini pun dgr-dgr dari percakapan org dibelakang kte.. takpe laa.. tak semua org sukakan kte, baik mcm mana pun tetap ada yg membenci . Depan ada senyuman, belakang wallahualam.. Yg tak kenal kte pun benci tak suka padahal tak pernah bersua muka . Kelakar kan ? tp itulah hakikat sebenar.. Hanya kwn yg bebetul kwn and bebetul kenal Pia tau Pia ni jenis yg mcm mana . Bukan cover ayu atau pun cover cun . Tapi kte tau, kte perempuan so adab mcm mana nak kena jaga bila didepan ramai org . Jangan nmpk diri tak cerdik sgt.. :) nanti dpt cemuhan org.. dari dulu sering jugak dgr ada yg duk ckp and sindir.. ‘Pia mekap-mekap selalu nanti esok-esok nak kahwin hilang seri pengantin kat muka tuh..' (even calit eyeliner je pun atas mata) awak.. kte mekap ni pun waktu ada photoshoot and atas tuntutan kerja jee.. tak lebih dari tu.. takpe lah . Jika panjang umur dan berkahwin, mmg niat dalam hati takmau mekap tetebal . Harap bakal suami terima diri seadanya :) Yeee.. mulut org kte mmg tak boleh nak tutup . Kalau dia yg buat takpe belaka, tp kalau kte buat pasti ada yg kritik itu dan ini . Sabarlahh.. :)

Kalau ikutkan kata hati, banyak hal lagi yg nak disentuh disini.. tapi mcm terlalu panjang sgt lerr plak kan . Maaf lagi sekali yee kalau ada yg terasa hati.. saling mengingati sesama sendiri .

Ikhlas dari hati - Piasofia .

Thursday, 30 July 2015

Raya lagi kot .

Views


Assalamualaikum .

Dah mcm agak lama tak menghupdate blog kan so gambar pertama kat entri ni kte bagi gambar kekwat sekeping . Asyik post gambar senyum manis-manis jee kan so kali ni upload gambar muka acah-acah gangster nak cari gaduh kat Lorong Haji Taib plak . tehee :p

Raya lagi kot .
Dari raya pertama sampai ke lani masih ada kekwn yang duk post upload gambar raya . Wahhh . Terlihat byk kebahagiaan disitu . Seronok tgk kekwn sakan beraya tahun ni . Macam-macam gaya dan ragam dpt kte tengok . Tumpang bahagia den nengoknya pun . Haa.. awak-awak jgn lerr duk jeles meles dgn kebahagiaan org tau . Ingat.. tak baik bandingkan kehidupan org dengan kehidupan kte yang sedia ada ni, takut nnt timbul rasa tidak bersyukur #selfreminder :)

Entri yang ni sebenarnya tak tau nk buat topik apa . Tak tau nak share pasal apa.. kalau nak share pasal raya family kte tahun ni plak . hermm.. mcm tak perlu kot sebab semua gambar raya pun dah basi . Malas lerr nk hupload gambar sama dua tiga kali . Dekat FB dah byk yg di tag.. cukuplah.. apa yg penting sekali raya tahun ni ! Alhamdulillah.. family Pia semuanya sihat walafiat dan masih dpt berkumpul menyambut lebaran bersama . Syukur.. Haaaa.. Ya Allah.. lupa nak bgtau, dah separuh entri baru teringat nak bg ucapan raya kat awak-awak yg buka baca blog nih . heee . Selamat Hari Raya yee kwn-kwn, Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua.. tak kisah lah sama ada anda mengenali diri ini secara langsung mahupun hanya mengenali diri ini di alam maya.. kepada yg terasa hati or berkecil hati sama ada di fb ke, instagram ke, wechat ke, whatsapp ke maaf lah yee.. Ainin Sofia Hassan Basri ni manusia biasa dan tak pernah lepas melakukan salah dan silap dlm berkwn sama ada dari segi perbuatan mahupun tutur kata yg dilontarkan, tersengaja ataupun tidak sengaja . Maaf yeee.. tapi kalau awak-awak jumpa kte secara live dedepan InsyaAllah kte ni baik-baik aje.. tak garang seperti dalam gambar diatas . Kte nih soft-spoken jerrrr org nya :p *tutup separuh muka dengan shawl* Kahhh ! puji diri sendirii uiii.. hihihii . Dah lama tak perahsannnnnntan sendiri . lalalalaaa.. kasi laa can.. :p 


Haa.. muka kat atas ni akan jadi lagu tu bila kte baru jee nak jamah makanan tetiba ada lerr sorang dua kawan yg jenis tak reti beradab . Ehh, tetiba jee main sambar makanan kte tanpa mintak izin . Dah laa mai tak bagi salam, pastu boleh plak main sebat makanan kte yg mana kte sendiri belum jamah lagi . Amboiii.. sedapnyaa awak ! jgn buat macam tu selalu tau, sekali dua org boleh terima lagi.. tp kalau dah berkali-kali haaa.. jgn tanya kenapa kalau esok-esok awak bercakap dengan pinggan kat muka :p benda ni banyak kali dah jadi kat diri Pia . Tapi nasib baik laa kte ni masih seorang yg penyabar . Kalau geram pun buat muka macam kat atas ni laa.. sambil berkata dalam hati.. “eeeii.. nak tepuk tgn dia ke.. nak cubit kee.. nak gigit nih ?" hurmmm . act, kalau kwn rapat or kwn baik kte buat mcm tu.. kte mmg jenis tak kisah sangat sbb kte pun bukan lerr species kedekut sangat nak share . Sharing is Caring kan.. Tapi.. paling tak suka dengan org yg nak kata kwn baik sgt pun tidak, dah tu berckp pasal kte kat belakang then kedekut yg amat bila tang barang dia . eeeeiii.. geramnyaa.. tapi takpe laa.. sabar jelaa kan cara terbaik :) 


Hahh dah alang-alang bercerita pjg ni . Lagi satu ambo nok oyak.. gambar kat atas ni laa contoh terbaik pandangan mata ni bila tak pakai spek mata or contact lens.. org yg senasib macam kte ni jee tau betapa seksanya kalau takde spek mata . yeee.. mata Pia mmg menghadapi tahap kerabunan tu agak tggi . Sooooo.. please laa jgn nak gurau biawak ngan kte main sorok-sorok cermin mata kte . Kang ada jugak yg kena penampo free-free setepek . Paling pantang org buat main ngan spek mata kte ni . eeeeeiiii geram tau ! kalau takde mata kedua kte ni, kte jln merangkak tau tak !!! paham tak rasa dia mcm apa . Rasa mcm hantu dlm cte The Ring yg keluar dr screen tv merangkak gitu.. and now, spec mata kte cerminnya sebelah dah pecah ! urghhh.. gergasi punya kje.. eeeeiii adik ni kan . herghh.. seksanya cermin pecah !!! dah laa rabun tahap kronik.. T_T okay, maaf.. emo melebih plak.. 

Sebenarnya sendiri dah tak paham apa yg dibebelkan -,- Ahh, suka hati kte lah nak bebel apa . Ini belog pink kte.. werkkk :p haishhh.. sebenarnya skrg ni kejap-kejap menaip, then pause tgk cte hindustan, pastu sambung taip balik, pastu pause tgk cte hindustan plak . haishhh.. pastu berlinang air mata, berjuta kali tgk cte hindustan yg sama pun berjuta kali tu jugak akan duk menangis sendu dalam selimut diam-diam . ahahahahahahaa.. apa ni Pia !!! bakpo laa demo ni hati kapas sgt !!! erghh . Kalau tgk running man or cte pape yg lawak kemain gelak tak ingat dunia, gelak golek kiri kanan sampai jatuh katil bagai . Pastu kalau tgk cte genre horror tau plak nak ajak tgk ramai-ramai.. amik seat paling hujung dan jauh dr screen sambil berselubung satu badan dlm blanket, itu pun tgk dicelahan jari tgn . Penakut tak hengat dunia budak ni.. mudah nauu berimaginasi meninggi ! kalau dah tgk cte seram pendek kata tidur pun lampu bilik terpasang sampai ke subuh sbb bila mlm nk tidur asyik terbayang mcm ada suster ngesot kat bawah katil, tak pun duk ngesot dlm almari . Haaa.. tak pun ada duk hulur kepala luar tingkap.. eeeeiiii.. takuttt.. serammm.. haishhh.. duk pikir jugak . erghhhh.. haaaa.. pastu kan.. kte paling benci giler dekat badut !!! dr kecik sampai besar lanii mmg tak suka kalau jumpa badut kat memana event or funfair . Rasa mcm seram lah dgn perwatakan dia tuh . Ada tgk clown prank kat youtube.. Ya Rabbi.. jahat betul laa org yg buat prank giler mcm tuh . Kalau kena kat kte rasanye memang mati terus kat situ . Mati ketakutan . Tolong laa jgn buat lawak ngokss mcm tuh.. Kalau kat Malaysia ada buat clown prank mcm tuh, kte jmpe kte tembak jee terus . Geram ! tak baik ohh kacau org.. kesiann.. tiap mlm doa supaya takan mimpikan si badut tak comel tuh ! sgt tidak kelakar lah badut ! 


Okay, dah rasa mcm byk sgt dah merapuu ni.. so sebelum tutup cerita merepek meraban ni, disini Pia ingin memohon maaf buat akak-akak @ owner butik yg panggil utk photoshoot dlm masa terdekat ni, maaf sgt kerna tidak dpt menghadirkan diri utk sesi photoshoot buat masa skrg *tau.. ntah dorg baca ke tidak entri ni :p.. tp tetap nk bgtau* dengan berat hati jugak saya menolak.. bukan tolak rezeki tetapi atas sebab-sebab tertentu saya stay dulu di Kelantan dlm tempoh yg tidak bisa di agak berapa lama.. maaf dipinta ye :) InsyaAllah.. kalau masih ada rezeki saya di lain masa saya cuba hadirkan diri . Berat jugak hati nk tolak tapi tu lah kann.. byk perkara yg harus saya bantuin kedua org tua saya di kampung halaman ini . Waduhhh.. kok ayat nya amat novelis gitu deh . heeee . okay, dengan ini tamatlah sesi penaipan entri ini . Ada kerajinan yg menggunung lagi jitu, akan ada lah entri baru nya yee.. kbai awak sekalian . Thankss kalau sudi baca sampai sini :)

Salam Syawal,
Piasofia :)



Friday, 3 July 2015

Tak sabarnya !

Views

Assalamualaikum .

Haishhh tak sabarnya ! tak sabar nak balik kampung dan raya ! hurayyy ! semua dah beli baju raya ? berapa pasang baju raya ? kasut ? handbag ? persiapan raya ? biskut raya dah buat ? ke beli jee ? hehehee . sangat tidak sabar.. padahal ada byk hari lagi ni nak kena puasa . Sabarlah duhai Sofia :) Act, bukan tak sabar nak raya, tp sebenarnya tak sabar nak balik kampung kumpul adik beradik semua pastu dpt mkn sedap-sedap . Paling tak sabar nak jumpa Mama Abah . Heeee . Rindu . Asyik gaduh manje dekat whatsapp jee . Tak sabar nak makan masakan dari air tangan mama, tak sabar nak duk rumah, tak sabar nak bau bilik sendiri, tak sabar nak bukak almari sendiri, tak sabar nak ikut Abah pergi bazar pastu boleh request nak makan itu ini . Hohohoo.. sangatlah tak sabar . Ohh masa.. mohon berlalu dengan pantas . Takpe Sofia.. tahan tahan.. selesai kerja minggu depan kte balik okay.. :)

setiap kali berpuasa mesti akan ingat balik moment-moment waktu study dulu dengan kawan-kawan . Dulu habis jee class sangat rajin pergi bazar dengan kawan-kawan . Paling gemar dengan puding kat bawah ni .


Puding buah cocktail ke apa namanya . Ya Rabbi.. ini kesukaan diri sangat . Setiap kali ke bazar setiap kali akan ada juadah puding ni untuk berbuka . Rasa bahagia sangat bila dapat makan puding ni . Selalu kalau Pia hilang di tengah keramaian manusia di bazar tak lain tak bukan Pia akan ke gerai makcik yang jual puding sedap ni di bahagian hujung dekat stesen petronas di Cahaya Masai depan poli . Ahahahaa . Seriusss.. Banyak-banyak orang yg jual puding ni, mmg tak akan boleh lawan kesedapan puding makcik kat gerai ujung ni . Sedappp ! kekadang beli sampai dua tiga bekas . Dah beli mesti muka ada senyum meleret sampai balik rumah . Satu perasaan happy yg tidak terungkap dengan kata-kata.. ohh bahagianya dia dapat puding nih . Ahahahaa *macam apedaa . Tapi bila pergi bazar acik tu tak bukak gerai jual puding mesti balik dengan perasaan yg keciwa amat . Muka tak payah cakap laa lagu mana, masam mencuka . Bak kata Oyoy.. “Weyy, asal muka kau mcm kena pisak (koyak) dengan malaikat je ni ?!" -,-' ayat sarawak diaaa dah keluar . Yelaa.. muka murung jee gara-gara tak dapat puding ! what the heck peah ? -,-" 

Ingat lagi, gara-gara terlebih suka and terlebih makan puding ni laa sampai muntah kat restoran . Ini baru betul, makan sampai muntah.. kikikii.. mungkin bersebab dengan demam jugak, demam-demam abis class sibuk nak pergi bazar and berbuka dengan kekawan . Last iftar together kononnya . Sekali amik kau.. bikin malu aja deh . Bila ingat balik.. Ya Allah, malunya.. ahahahaa.. sengal peah, sungguh kau sengal . Tak masai menyusahkan orang . hurmm .

Eh, baru perasan.. hampir setengah entri ni penuh cerita pasal puding jee . Haiyakkk.. dah kenapa . Suka dan minat punya pasal dekat puding . Ayooo . Okeh, tukar topik . Haaa.. hari tu duk scroll-scroll fb tetiba ternampak orang share mengenai “Posisi tidur melambangkan personaliti seseorang". Apakah benar ini ? Suka suki meh . Okay, Pia share posisi yg Pia tidur . Hehee . 


Haaa, Pia ni jenis suka tidur berselubung selimut seluruh badan . Maklum lah, species yg tak boleh tahan sejuk . Sebab tu kurang gemar nak ON aircond nih melainkan cuaca panas terik baru ON aircond . Manusia lemak tak banyak mcm ni lerrr . Ayat yg paling 1st kat atas tuh tak pasti laa berpenampilan cun ke tidak, sebab rasa kekdg ada jugak pakai ala kadar dan selebet jee di khalayak ramai . Rasanya org lain ramai lagi yg berpenampilan hebat diluar sana . yee dok..

Pemalu dan lemah . Hurmm . Mmg sejenis yg agak pemalu dengan orang yg tidak dikenali nih, tapi bila dah kenal . Amboiihh mulut ni tak berhenti bercakap . Pot pet pot pettt . Heeee . Lemah tu pulak ikut keadaan . Time lemah lemah laa.. bila setengah benda buat tak jadi, rasa mcm nak menangis sepanjang masa . hurmmm .

Penyimpan rahsia dan sgt berahsia . Kalau ada org bercerita sesuatu dan suruh rahsia kan, InsyaAllah sampai bila-bila takan pecah di mulut . Rahsia org kte pegang lerr, mesti laa kena amanah dengan  perjanjian org kan . Jangan bagi kepercayaan org hilang pada kita . Nak kata sangat berahsia sebenarnya pun tak . Berahsia sikit tu mesti laa ada kan . hihi . Tapi tidaklah terlalu berahsia .

Gemar menyelesaikan masalah sendiri dan memendam rasa tanpa pengetahuan org lain . Yesss . that's me ! sebab kekadang tak semua masalah kte kte boleh share dengan semua org . Org lain pun ada masalah tersendiri, so kte tak perlulah nak menambah beban kat org lain yg ada masalah jugak . Kesian kat org, masalah sendiri tak selesai nak kena pikir masalah kte pulak kan . Ayooo . So pepandai lerr selesaikan sendiri . Bila dah rasa mcm tak termampu nak tanggung barulah cari seseorang yg sedia mendengar luahan hati ini . Sekadar meluahkan, bukan mintak simpati atau mintak selesaikan .

Sering meracau waktu tidur . Ahhhh.. ini tidak betul sama sekali meh . Pia ni jenis yg payah nak bermimpi mahupun meracau tak tentu hala . Bermimpi tu ada laa sekali sekala bila terlalu teringatkan atau terfikirkan sesuatu hal . Haa, itu baru mimpi betul.. pelik tp benar . Yang kes nak meracau tuuu takdak sama sekali . Kte ni tidur baik-baik jee . Tak buas, sopan jee :p Hurmmm . Last mimpi hari tu pasal.... pasal kena kahwin paksa ! ohoiii.. seriauuu.. nightmare ! mintak dijauhkan lah . tetiba plak dalam mimpi tu kena kahwin ngan mamat mana ntah . Yang sadisnya sebab kena paksa, bukan atas kerelaan diri . Aduiii.. apa punya mimpi lerrr .

Tidak gemar meminta bantuan org lain . Yess . I kinda like that . Sebab rasa macam sangat menyusahkan org kalau nak mintak tolong nih . Takut org rasa terbeban even dia tak ckp pun . Selagi benda boleh settle sendiri, kte settle kan sendiri . Hidup jgn nak menyusahkan org sangat . Bila betul-betul terdesak perlukan bantuan baru kte minta tlg dgn org .

Berjiwa lembut tuh betul laa tuuu.. Hehee.. semua perempuan jiwa lembut kan . Romantik dlm hubungan . Hurmmm . Taktau nak setuju ke tak . Sebab tak hingat, dah lama hidup sendirian . ehehehe . Sang pencinta setia . Yee sangat setia kata koo . Dah syg, syg gilak . Tapi tu lah.. mmg ramai yg beranggapan kte ni tidak pandai bercinta . ahahahaaa . Sekarang pun memang dah tak reti nak bercinta dah . back to the old me :)

Okay, konklusi untuk entri kali ini adalah, tiada apa-apa pun sebenarnyaa . merapu jee lebih . Muehehehee . Sebab bosan, dan tak sabar ! tak sabar nak kelik kapong lerr ! nak makan kuih muih kelatey.. lompat tikam, nekbat, kuih che mek, kuih manja, akok, bunga tanjung, lup cup, butir nangka, ondeh-ondeh dan memcm lagi lah ! dapnyeee.. balik nnt nak buat puding lah.. puding buah ngan puding caramel . Sedapnyaa.. nak balik cecepat .

okay sampai sini sudah omongan merapu dari gue . 

Salam cinta dan kasih,
Piasofia ;)

Monday, 29 June 2015

Ramadhan tiba Syawal menyusul..

Views


Assalamualaikum,

Olla.. jemput tgk dulu gambar-gambar bayi yg cecomel kat atas ni . Comel sesangat-sangat kan (^•^) Mudah mudahan kecomelan bakal bayi Ainin Sofia Hassan Basri esok-esok macam kat atas ni jugak jika dipanjangkan umur dan berkahwin . hehehee.. *mengadee sikit :p Hobi suka menatap gambar baby lelamaaaaaaa.. pastu senyum sengeh sesorang.. :) Tak lupa jugak dekat dua orang si kenit kesygan di atas ni . Rindunyaaa Ya Rabbi dekat budak Nawfal dan Naqib ni.. Tggu nnt jika ada kelapangan masa Mama Pia ke Johor yee . Kalau tak, jumpa time raya nnt jelaa . huishhh.. rindunyaaa sama kalian !!!

Ramadhan tiba Syawal menyusul..
Haaa gitu tajuk kali ni . Alhamdulillah masih berkesempatan menyambut bulan ramadhan lagi . Syukur kehadrat ilahi kerna diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk menjalani ibadah puasa di bulan yg penuh barakah yee kawan-kawan . Kaum Adam diharap berpuasa lerr pepenuh tau, nanti nak ganti puasa liat plak . Untuk kaum Hawa pula tak mengapalah kalau tak puasa penuh pun, kte kan mahkluk yg istimewa ! sayangi dirimu, kerana dirimu begitu berharga . Lindungi wanita ! *tetiba *o*




Okeh, nak share kisah berbuka puasa semalam.. iftar bersama kaum kerabat kesygan . Awal-awal memory phone dah hampir full dengan gambar yg bermacam jenis posing . alahai perempuan.. mood nak menaip tak byk so kte nak share gambar jelaaaaa.. 


kenapa muka abg macam tu.. tlg laa bang.. -,-


haaaa.. baru okay..


Intan, sepupu kesygan yg expert memasak . Paling suka dia punya Spaghetti manje manje pedas kasih Sofia . ihikss . nama kemain panjang.. No No.. takdelah, gurau jee . Nama spaghetti tuh tipuuuuu jerrr . Tapi mmg dia punya masakan yg ala alaaa western semuanya sedap dan thorbaik, enggak bohong deh . Budak jurusan memasakkan so no wonder lah .



Biarpun mimik muka mintak penampar, tetap jugak nak share gambar candid and tak ready nih . sebab asyik upload gambar baik-baik je belaka . Sekali sekala upload lerr gambar mintak keji sikit . mueheheee .


Dalam pipi simpan kuih ketayap . time orang duk mengunyah, time tu lerr nak click-click . Apalaaaa .


Pakat duk serbu stage nih sebab kepingin amat mau posing dlm rumah kat belakang tuh . nasib baik budak-budak hotel malas nak layan and buat tak endah :p


haaaaa.. tudia.. finally dapat jugak buat muka tak malu . Duk pakat pi belakang stage nak bergambar kat jendela cantik ni . Nasib tak runtuh jeee . Dapat kat manager hotel ni mau dia tak bagi kami dtg De Palma ni lagi . hihihiii . Sejenis geng yg suka buat kecoh . lalalaaa . peace yawww ! =D


Selagi tak keluar dr hotel ni selagi tu nak posing sana sini . Takpe.. semua yg dtg mcm kami, kalau boleh, kat bucu jamban hotel pun nak snap gambar . tehee :p



Banyak-banyak gambar, paling suka gambar nih ! tak sangka kami dtg sini balik . De Palma Hotel year 1997 vs year 2015 tak banyak berubah hotel ni . Memori kat sini ingat-ingat lupa . Terpaksa conteng gambar kakak and adik . Hehee . Sayangnya kakak tak boleh join . Adik plak tak sempat nak ajak bergambar makan sikit terus cabut hilang kemana . Haishhh . K lah, Dah mengantok dah sebenarnya ni . Undur diri duluan deh . Sebelum tu meh tgk bideo kat bawah ni . Kte kasi tutorial pakai shawl yg mudah dan simple naaa . Mohon jgn dikecam :D


maap laa naa kalau video nih kurang HD . Cik Pia pakai enpon murah jee, bukan enpon buah . Harap masih boleh tgk video nih even gambar pecah-pecah ke hapee.. kalau kurang jelas dan kurang paham cara pemakaian shawl ni, mintak paham-paham sendiri laa yee . heeee . senang jee . tak susah . jgn belit shawl ketat-ketat sampai tercekik awak yee . biasa-biasa sudaaa .
okay bai pals ! *lambai-lambai

Salam sesuci kasih Sofia ;)


Tuesday, 2 June 2015

Selagi ada rindu..

Views

Yeppp.. I know.. it's already 2.10 AM in year 2015, but I still listening to this song . maigaddd ! this song reminds me to someone *o* alahhh.. bila pucuk cinta monyet baru nak berputik sedikit, adalah gatalnya . heee . Zaman SMK duluan.. suka kat kawan laki tu tapi malu-malu nak mengaku dan bercerita dekat bestie sebab tahu, bila hal minat kat seseorang ni terbongkar, mesti akan kecoh seluruh blok bebudak form 5 . So bagi mengelak kekecohan berlaku, memasing hanya mampu bermain mata dari kejauhan.. >,< Setiap kali nak keluar pergi toilet (even tak rasa nak pee or popooo pon . heee.. :p) mmg akan lintas depan class si dia . Setiap kali lintas depan class si dia, mesti bijik mata ni gatal nak pandang dalam class dia.. setiap kali pandang, setiap kali tu jugak masing-masing bertentang mata . Aku malu, lantas cepat-cepat berlalu pergi walhal dalam hati sukanya bukan kepalang lagi sbb dia pun pandang aku weiiii ! Gatal kau Sofia, sungguh kau gatal.. mintak digaru sama gergaji yaa nakkk.. hmmm .

act, kteorg suka sama suka pada satu sama lain since form 3 lagi.. dan rasa itu kekal hingga ke form 5 but till now kami tak pernah declare pape even kawan-kawan sibok duk provok suruh couple couple and couple . Untung aje kami ni jenis species tak amik kisah sangat dgn apa-apa status :p*sebnrnya dua-dua pemalu* heran jugak.. seramai ramai gadis kat sekolah yg menaruh hati kat dia, kte yg selebet ni jugak dia pandang . huwaahhh...! feel so lucky ! hiksss.. kalau tak silap, waktu form 5 lagu “Selagi ada rindu" ni laa yg tgh hot kat sekolah versi nyanyian Pak Long (kat sekolah kte laa, sekolah awak taktau la femes ke tidak lagu nyanyian Pak Long ni) Tu laa kte ni mcm terjatuh hati dgr lagu ni.. asyik ingin bertemu ~~~ jee kat sekolah.. ahahahahaa.. gatal anak pakcik Hassan ni.. but itu semua dulu . Sekarang dah takde rasa pape dah dgn si dia ni, tp alhamdulillah we're still keep in touch, walaupun dah hampir 5 tahun berpisah dan tak pernah bersua muka sejak abis SPM.. tak sangka si Mr. A (Idk why.. sedari dulu mmg suka sgt dengan org yg nama nya start dgn huruf A.. maybe sbb nama sendiri pun start dgn huruf A) simpan lagi contact num Pia (sbb katanya susah nak dpt phone number Ainin Sofia ni, dpt pon sbb amik curi-curi dr buku pelajar.. :p) still friend di FB, and follow my Insta :) thanks sbb sudi berkawan dgn kte sampai ke laa ni.. :) and last week terima whatsapp dari dia.. ahahaha.. sorry.. num awak dlm phone kte dah hilang sbb dulu pernah reset phone then ada certain num tak lekat kat simcard and phone, tu yg byk num hilang ghaib :( takan pernah delete number sesiapa dalam phone melainkan hal sedemikian ini berlaku :( seperti yg pernah dikhabarkan sebelum ini, once I've delete your number, you are permanently deleted from my life too . okay ;)

huiii.. nak dekat pukul 3 pagi dahhh uiiii . okay okay.. jom sleep.. urghhh.. jgn smpai subuh tak sedar, sat lagi mama azan dekat cuping tinge ni.. hehee . mornyte fellas ! 

Piasofia ;)