NO MATTER WHAT, THE MASTERPIECE OF ME IN REAL LIFE, I'D START WITH A BLOG .

Monday, 10 November 2014

Alhamdulillah selesai sudah..

Views
Assalamualaikum..

Hai hai haiiiiii..
*nak jerit sikit... Yeayyyy..!
hurmmm.. act, tak tau dah nak mulakan ayat macam mana.. Jarang dah menaip so jari jemari pon start kaku macam kayu api kat hutan belantara sana.. eyh, merepek.. apa-apa pon, Alhamdulillah.. selesai sudah satu event untuk student-student Genius Aulad ni.. Lego nyo raso hati nih.. Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan menepati ciri-ciri serta kehendak yang diingini.. =) 


Walaupun dapat tgk dari jauh pon oke laa.. dah cukup berpuas hati dengan performance student-student GA.. well done childrens.. well done! Teacher bangga dengan awak-awak semua.. Hope dah naik darjah satu nanti jangan lupakan teacher Sofia mu ini yee.. =)


Syukur sound system semuanya oke.. even pada awalnye keadaan agak bercelaru sedikit.. heee.. normal la kan if tersilap langkah sikit, untuk orang seperti pia yang agak noob dalam bidang-bidang handle sistem audio bagai nih.. hohohoo..

sangat berterima kasih tersangatlah sangat dekat abang Kamarul and his friend sebab turut membantu pia dalam bilik audio tuh dari first Little Ihtifal showcase berlangsung sampai lah tamat semuanye..

terima kasih untuk lawak jenaka yang diberi, terima kasih sebab berjaya mengurangkan nervous pia, terima kasih untuk segala tunjuk ajar yang diberi, terima kasih jugak sebab gelak-gelak dengar pia membebel.. HaHaa.. even benda yang dibebel pia takde satu pon yang funny sampai cecah tahap nak terkentut kan.. hurmmm.. last but not least, terima kasih atas segala pujian yang diberi untuk student-student pia.. mereka memang layak diberi pujian sebab berjaya hasilkan performance yang mampu buatkan parents dorang gelak sakan tengok gelagat dorang on stage. Angkat skirt la.. berebut microphone laa.. hurmmm.. so cute laa sayang semua.. everything's happen spontaneous.. =)


Congrats to all teachers! Alhamdulillah.. kte dah buat semampu dan sebaik malah seikhlas yang mungkin dalam menjayakan showcase anak-anak.. and yesss.. finally paid off.. terbaik semuanya.. =)))))


Bergambar selagi boleh,
bergambar selagi diberi peluang..


Selesai majlis aku di kidnap lagi..
dibawa pergi melawat kawan lama.. hahahaa.. 
amacam bro.. berjaya takutkan berapa ramai orang ini hari? suka laa hang noh menyamar jadi hantu siang-siang hari nih.. pastu orang tak boleh intai hang melalui topeng muka tu.. and suka la hang noh dengar gegurl terjerit takut tengok hang.. nasib iteww tak takut.. rilex and steady jee.. keep calm and snap photo with hantu jadian! jangan masuk dalam mimpi kte tau! kbai.. ngantok sudaaa.. ada masa kte merepek lagi.. dadadididudu..

Salam setitis kasih Sofia, hikss. 
Piasofia. 

Saturday, 25 October 2014

Officially 22 !

Views

Assalamualaikum..

Holaa muchachitasss!
Yess.. I'm back.. yesss.. Officially 22 y/o.. And yesssss.. Getting older.. Oke, 22 is just a number.. Tak perlu nak paranoid sangat.. Erghh.. Tak sangka makin hari umur makin menginjak dewasa, terasa masa pon berlari berlalu dengan pantas.. So, I think, its better to stop perangai childish anda yee Sofia.. Buang-buanglah sifat atau sikap yg berbau negative tuh sejauh dan semampu yg boleh.. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar dan mudah.. Apa-apa pun sangatlah berterima kasih kepada semua yg menge‘wish’ bufday Pia.. tak kira lah through fb ke, twitter ke, whatsapp ke, inbox, DM, and semua-semuanya lah (jika anda baca blog ini) sangat hargai ucapan anda.. at least, anda yg wish still ingat 25 oct adalah tarikh lahirku ke dunia.. yee dak.. hehee..

dan sangat bersyukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk merasa pahit manis masam kelat hidup di bumi ini. syukur alhamdulillah Ya Allah..
Alhamdulillah atas segala nikmat yg diberi..
Alhamdulillah atas kesihatan yg diberi..
Alhamdulillah atas kurniaan jasad ini..
Alhamdulillah atas pemberian keluarga yg indah..
Alhamdulillah atas segala pinjaman dan juga pemberian Mu ini Ya Allah.. Syukran Jazilan..

Oke lah, mata dah pedih pedih asam gelugoq ni.. So, Sampai sini sahaja entri kali ini.. InsyaAllah.. ada masa kte menaip lagi yee..

Salam sayang,
Piasofia.

Friday, 4 April 2014

30032014 My Jubah Day !

Views
Assalamualaikum .

Huulalaaa... ~(^o^)~ ~(^o^)~ ngeeeeeee.. *mencengeh style gediks sikit :DDD
Alhamdulillah.. now, baru ada masa untuk melapangkan diri berceritera di 
belog pinkihhh kesayangan mek ni ;) hiksss >,< oke, nak cakap..
ini post entri kte yang ke-100 ! walawehh.. urkk.. beria.. orang lain
dah post beratus riban dok bising punggg -,-"

Nak buat mcm mana, lepas balik jee dari majlis convo mek demam seketika.. seketika jee..
tak lama mana punggg demam datang menyinggah.. time convo day lagi da start selesema,
duk sroot sreet.. sroot sreet dalam dewan.. indung ni tak berhenti meleleh leleh lelehhh..~~~
bila majlis selesai jee melepet terus kte kat dalam kereta.. ohh so kesian Pia -,-"
dah tau kurengs sihat tak reti-reti nak menelan ubat . herghh . mengedikss duk merengek jee tau .

Opss.. maaf.. terover plak bercerita perihal keadaan diri >,<
biasalah.. bila badan peah kurengs stamina, peah mengade-ngade sikit.. 
banyak mengomel sorang-sorang, nak bermanja dengan semua orang.. 
kurang kasih sayang betul kan budak ni.. ishh ishh ishhh.. kesian lagi.. -_-"

oke, sebelum nak bercerita perihal hari jubah Pia, ade story sikit before my jubah day happen :)
hihihii :D nak baca silakan, tamau ? em . takpe .


Hari nak bergerak ke Johor :)
Tak boleh luas lagi ke mek ngangaa mulut tu ? -,-"
Nak tunjuk kat orang bahawasanya dia tgh kebulur sangat kanss.. pagi-pagi celik mata jee
berkejar seorang diri ke Terminal Bus Sentral (TBS) . Kak Atie, abah, semua kerja, 
so kena pi TBS all alone lerr kte . So sesampai jee sana sempat lah grab some food kat 7 E .
Bahagia jee muka dapat makan . Kesian kesian kesian .


with the girls . gerak saing dgn kwn-kwn dari TBS ke Johor . sabar menanti bus . 
masing-masing kebuluran, gerak awai sangat . hehehee . ekceli, 
kawe teruja nak pijak plus lompat-lompat atas jalan kat Pasir Gudang tuu :p hikss .
bape bulan ohh tinggalkan Pasir Gudang, so no wonder lah rindu ku membuekss-bueksskan :)


Sampai Pasir Gudang petang tuu check-in hotel, then malam nya pi jenjalan-jalan .
Mulanya gi Jusco Tebrau sebab nak teman kawan kte shila, si kecik bertudung oren tu
cari heels nak pakai time convo . Keluo-keluo jee Jusco, mata terpandang plak funfair yang diadakan
berdekatan dengan shopping mall Jusco tu.. em . apa lagi.. beria lah nak pi sana >,<


Pada mulanya, Peah lah yang paling super duper excited nak naik menatam nih . hahahaa .
Challenger nama benda alah tuu kalau tak silap . Dah beli token, naik pakai belt, time tuu
baru Pia merengek-ngek-ngek nak turun -,-" oke.. as uollsssss know, iollsss ni kan gayat serupa
apa ntah, tapi gigih nak try naik Challenger ni.. sekali amik kaw ! suara itew yang paling kuat memekik
kat atas sana.. em . terbukti dalam rakaman video yang berjaya semaa kawan itew record.. opss..! -,-"
masalah weii perempuan ni.. dah tau penakut terkinja-kinja jugekss nak naik main :p
budak yang suka cabar diri sendiri.. Itulah Pia :p urkk O,o"
Tapi kte salute kawan kte si kecik shila ni, nampak jee kecik, tapi sikit tak goyang,
kte ni dah melalak kat atas serupa nak terkeluo halkum, dia boleh plak duk gelak-gelak tgk kte
terjerit-jerit.. hahahaa.. ehh jap, halkum ??? >,>"
tapi best jugak naik Challenger ni ! rasa mcm nak naik main lagi ! hewhewhew :p


 Lihatlah keterujaan mereka berdua yang di belakang sana nak main Sky ride ni .
Kali ni untuk sky rider Pia tak berani naik . hehee . Cuak naik Challenger tadi tak ilang
lagi woiiii . nasib tak muntah pengsan jee . Mama tau kte main benda pelik gitu kompem
kena berletiaq abih . hohohoo . so diam-diam jee :p kalau mai sini ngan mama babah
belum tentu mama babah nak lepas gitu jee kte main benda alah tuu . em .


Peace dan mencengeh dari saya :)


Omoo.. O,o" Besarnyaaaaaaaaaaaa muka kawe !!! selfie di main entrance funfair ni .
Nak balik sudaa.. Opss, lupa nak kenalkan.. mamat yang sorang ni nama di beri mengikut
surat beranak Faizal Bin Ali, manakala nama pemes yang digelarkan pula adalah Pejal .
Btw, thank you so much babe ! sebab sudi bawa kami ni senior-senior awak kua berjalan,
kalau idok memang pishang, betik, timun, langsat, kelapa, doyan lah kami duk di hotel tuu :p


Keesokan hari, raptai.. with classmate..
suka gambar ni sebab nampak macam kte mok-mok, bam-bam.. hehe >,<
timbang berat hari tu, berat kte naik 2 kg ooooooooooooooo..~ 
tapi tengok macam berisi kat bahagian muka -,-"
figura bentuk badan macam tak jejas punggg . maintain jekk . hehh .
muka je nampak macam kembang semacam -,-" urkkk . yeke ???


Yang kat side depan semua mencengeh cover cantik dan comel .
bagus lagi budak dua kat belakang tuu . kami di depan cover cun .
mereka berdua tayang lobang hidung yang kunun-kunun mancung bak minah arab .
hew hew hew . kemainnn dorang . tehee :p
biasalah, dalam ramai-ramai yang gila snap gambar bebajet omel,
pasti akan ada dua tiga yang buat muka kalau snap gambar.. betul ke bohong ?
anda jawab sendiri :)


auwwcakkkk ! nasib tak salah urat tengkuk.. -,-"
dongak jangan tak dongak untuk memperoleh effect yang kunun-kunun unik . em . k .
unik sangat ! kaki kecik ! 


jom buat exercise muka kawan-kawan :)


Tudiaaaa ! nampak dahh batang panjang bak kayu mancing ikan ni .
Selfie berjemaah dengan monopod . Sila duduk rapatkan saf memasing yepp .


Apa laa yang kelakar sangat tuh sampai kte gelak kemain tak pandang camera . em .
kte sorang jee yang duk gelak beria . malu sikit peah . budak-budak lelaki mekanikal ramai
kat depan tuh . Sila la cover sikit . Orang tgk tak berani nak buat bini :p
nak buat kawan pun belum tentu.. AHAHAHAHAAA ! koyaaa nyeeee..~


Untuk pengetahuan anda, si budak Pia ni baik orang nya . em .
sejak zaman persekolahan dari standard 1 till form 5 dia suka berbakti buat sekolah .
Pia suka tolong makcik tukang sapu kat sekolah . mana-mana jalan yang pia lalu mesti bersih
dan licin jalannya tanpa ada sedikit habuk malah daun-daun kering yang tinggal..
semua di "sapu" habis oleh si pia ni . em .


selfie pakai tangan jekk :)


setelah hampir sejam ke dua jam kami berkeliaran di luar, 
akhirnya semua kena masuk dewan dah . dengar taklimat raptai :)
muka-muka weollsss ni memang tak reti kenal apa itu erti nya 
"penat senyum" pada objek yang bergelar
camera .


selfie lagi dalam kereta .
jenis masing-masing gila selfie . ohh myy .
btw, thanks again and again to pejal sebab dah banyak bantu kami pergi sana sini :)
jasa mu akan always dikenang sampai bila-bila :)
please don't ever lost contact dengan kami semua k pejal :)


here the girls from DFP6C !
with classmate yang punya macam-macam pe'el .
menangis, ketawa, bertekak, bermanja, bermasam muka, bersuka ria, 
semua kami dah rasa sepanjang bersama for almost 3 years :)
Finally we're officially graduate ! Ohh yeayy !!!


 moh kte show-off aksi "galok" sikit (^o^)v


hanya mampu melemparkan the sweetest smile :)


ekceli, semaa tgh kait buah doyan tu . em . sambil disaksikan oleh para pengikutnya .
tehee :p
buah doyan ??? O,o"


buah yang dikait dari tadi tamau guguq . apa pasal lahaiii .


monopod lagi --,--"


lagi dan lagi -___- "
selagi duk kat luar ni, selagi tak masuk dewan, 
selagi tu duk *cekikk-cekikk..cekaakkkk-cekaakkk . snap sana sini . 
haishhh . snap gambar pakai tripod kan lagi kereng . 
kalau pakai tripod for me lagi better kott . takde la nampak sangat 
macam batang mancing ikan terjulur dalam gambar kan . monopod ni pon oke .
ahhh.. lantak lah.. monopod ke, tripod ke, dua-dua mende alah tu kte tade . hehehee .


with Hani :)
ini baru real photo no edit-edit yang kawan Pia snap without using 360 camera .
nampak lah sharp sikit kan . kalau tak, blooming sana sini .
batang hidung kte punggg tak nampak . blerghh .


*sediakan tisu di tangan sebelum dapat flu ambush .
hidung meleleh leleh..~~~ bahagia rasanya saluran pernafasan kte saat ini -,-"
me, Ainin Sofia Hassan Basri dah graduate weiiii . bangga wooooo..~~~
tak sangka, akhirnya kte dah berjaya menamatkan sesi pembelajaran di
Politeknik Premier Ibrahim Sultan setelah 3 tahun duk pulun study,
stay awake for almost a month gara-gara nak siap kan final project lah, apa lah .
so, today I nak mencengeh jeee dari pagi sampai ke petang k :))))))


tiga sekawan . we're always stick together :)
Adda, Ila, Pia .


with fara :)
why my face look so fluffy . em . isi badan naik ke muka .
badan tak jejas punggg even check berat naik 2 kg . cisss .
ke penimbang tu rosak ? @_@"


Ku genggam erat tangan mu..~ Mu genggam erat tangan ku..~
Ayuhh kte tepis segala perasaan gundah gulana ini . ihikss >,<
Berdebar menanti giliran . pheuww..~ nebes mek..


ihikss . malu plak rasa . baru ku sedar, elok jee kami duk berposing sengeh-sengeh ni .
rupanya camera kat tingkat atas setting baik punya, lensa camera hala tepat ke kami berempat .
orang-orang di belakang dapat tgk wajah kami jelas terpampang kat screen besauuu di belakang .
shy-shy lah >,< #gediks !


dah habis dan puas hati berposing dalam dewan .
beralih plak snap gambar kat luar dewan . sejuk jee rasa . matahari atas kepala woiii -__-
time ni kte sibok duk cari mama, babah, abg, kakak, kak atie semua .
rupa-rupanya dorang sibok menjamu selera perut di kantin . em .
masuk toilet tgk my nose bleeding . yee.. kte ni species tak boleh duk bawah terik matahari 
dalam kadar tempoh yang agak lama . pasti hidung ni mula laa nk keluarkan cecair merah .
jenis tubuh manja sgt #_# tapi kte suka tgk hidung kte keluo darah . hehee . macam epic jee -,-"
epic tengkorak hang !


wah wah wahhhh.. kemain sengeh yee aziz, pia and ziera pon ape kurangnya kan .
nampak camera, laju --> :) em . btw, thanks Aziz Omar (puhyooo..wa mention full name kott)
sebab sudi melawat kawasan bebudak convo ni and terima kasih sebab banje kte milo ais ! 
HAHAHAA . oke, tak lawak pon kan . beria jee gelak besau . hehh . 
takpe, tak lama lagi giliran awak plak yee .
sabauuu noh . tak lama dah punggg . kalau bukan kerna deme accident dulu, 
pasti kte dapat grad sekali kan :)

kejap kejap, pahal muka ASHB kekwat bebenauu dalam gambar kat atas ni .
senyum tuu kalau boleh nak sinis jee . apakah ? 
sebenar-benarnya, kawe tak ready lagi pung nak posing sengeh, tetbe paat dah click !
bibir tu baru nak atur gerak langkah tercongek naik hingga ke pipi . aiseyh men .

Opss..! terselit jugak makhluk dua yang kat belakang tu, Abg dan Kak Atie .
Abg kte kat belakang tuu duk perati jee adik dia ni.. 
Dalam hati abg *eeiii.. aku perati jee si Pia ni.. kemain duk sengeh-sengeh b'gmbar.. 
bila nak gi amik gambar ngan family kat booth sana haaa.. (kte rasa ini lah monolog abg..emm..)
Kak Atie plak duk marah-marah kat si Opal, orang nak makan dia sibok nak main-main . cubit ang .
Ehh, semaa pon ade terselit sama laa dalam gambar kat atas . Orang ajak join bergambar tamau .


Oke, kenalkan.. sebelah kiri sana, ziera, aziz, then syafaat nama diberi mengikut IC .
nama feymes beliau Paat jee.. Yee.. Paat ni lah yang snap gambar pia bertiga yang kat atas ni .
Paat ni memey terer shoot gambar :) part time job dia skrg shoot gambar wedding .
Nak mintak dia shoot gambar wedding anda ? click nama dia ni ---> Syafaat .
Mampu bagi link pesbuk beliau jee . anything can ask him directly k ;)
promote kawan kejap >,< hehee . tak salah kan :D


Maaf deh . Gambar kureng sharp . AO dikelilingi oleh bunga-bunga . hamboihh .
serupa retis dah . semua nak bergambar ngan dia . yelah, aziz ni kawan kteorg kan so dah jmpe ni
snap la reramai . kenangan . lepas ni ntah bila lah lagi dapat jumpa kan .
ade rezeki panjang umur bersua kembali . masing-masing duduk berjauhan.. so time ni la
maybe last moment tuk berjumpa, sembang-sembang, amik gambar sekali . 
em . sad sebentar bersama kopiko .


haaa.. time ni kemain kte senyum-senyum, sengih-sengih :)
mengabadikan gambar potret kenangan di booth CATALIA CREATIVE .
Tak sabar nak tunggu gambar siap ! yabedabeduuu..~~


Yezza ! this is my family ! thanks a lot lot and lot to mama babah, abang (tukang snap gambar ni)
juga suster ngesot dua orang ni kerna kalian semua sudi menghadirkan diri di majlis convocation
kak pia ini, really appreciate it . tq tq tq sangat-sangat ! even pada awalnya kalian semua
main acah-acah cakap tak nak dtg convo kak pia lah.. apelah.. but korang hadirkan diri juga :)
Dear babah, one day.. I may find my prince, but u will always be my KING oke ;)
and Dear Mama, I may not like u always, we may have arguments sometimes .
but, you should know one thing, I love u always and forever.. :)
buat abang dan dua orang suster ngesot ini, HENTIKAN MENYAKAT kak pia .
Jangan HACK FB, TWITTER kak pia lagi plishhhh.. :(
and for my little brother..
takpelah adik tak hadir majlis convo kak pia punggg . anda kan belajoo, and 
kehadiran anda sebenarnya tak penting mana punggg.. 
awak dtg ke idok majlis konvo kakpia  tetap berlangsung ! AHAHAHAA..
apak kejam ayat den :p hew hew hew ! adik baca ni mau ajak wrestling . urkk O,o"
Anyway.. Kte sayang Family kte.. Love 'em so much !!!


Opal bajet ! bajet budak besau jee . Haishhh . tak sabar nak tggu adik Opal lahir :)
Dear baby kakak, mohon cepatlah keluar.. buat apa duk lama-lama dalam tummy umi tu syg..
Kami semua sedang menanti kehadiran mu syg.. :)


Okie doke.. Jubah dah cabut ! Bergambar lagi :)
Masing-masing dengan gaya tersendiri !



Banyak-banyak lecturer kat Poli.. Pia sempat jumpa Pn. Masitah Jasman ni jee..
Our Penasihat Akademik (PA) . Hot kan mama angkat weollss..
awet muda wuuuu..~~~ Pn. Mas bergambar ngan kteorg serupa macam student jugak gayanya .
Untung Puan kecik comel ! stay young gituwww.. Masing-masing busy..
nak jumpa semua lect yang pernah mengajo kami dulu tak sempat . hmm .

Ekceli, tak satisfied lagi dapat jumpa kawan-kawan time convo hari tuu . em .
Terasa time moving so fast.. terkilan jugak sebab tak sempat nak introduce semua kawan-kawan
Pia kat mama babah.. just a few jee sempat tarik bawa jumpa mama babah.. haishh.. nak buat
macam mana, masing-masing busy dengan family kan.. so sempat say "Hai" sesaat then "Bai" sesaat .
hmm .

Maaf again buat kawan-kawan sebab tak sempat nak lepak lama .
habis jee majlis, Pia and family terus gerak balik KL coz esok semua dah start kerja .
Maaf juga kawan-kawan sekalian seandainya sepanjang perkenalan kte selama 3 tahun ni,
tanpa sedar pia mungkin pernah tercubit, terlempang, tersepak, terngumpat, terkutuk,
termasam muka, termengade, tergadoh, and macam-macam perkara yang "terjadi" lah
yang pernah pia lakukan tanpa sedar.. Mohon ampun di pinta :')
Kte manusia biasa yang tak pernah lepas dari dosa . Harap diampun :)

To those I may have do Wronged, I ask Forgiveness .
To those I may have Helped, I wish I did more .
To those I may Neglected to help, I hope for Understanding .
To those who helped me, I sincerely, truly, honestly Thank You So much :)))

Sebelum ayat-ayat serta kata-kata Pia ini menemui titik noktah, ingin Pia mohon maaf lagi
sekali seandainya Pia suka mencampur adukkan bahasa atau sleng atau loghat mana-mana
negeri di dalam setiap penaipan entri di belog Pia,
it might be offensive to some readers, I think lah kan .
Hehee . Maaf.. kte ni dah terbiasa hidup "nomad" so tahu lah sedikit sebanyak loghat @ sleng
certain place tuh, jadi kitak disini suka majmuk kan ayat . hew hew hew :p
and.. sorry for my bad words sometimes . Heee :D

Kbai .

PiaSofia .